Kesan pakai produk kecantikan melebihi tarikh luput
Kita semua ni bila beli mekap tu tak ingat dunia betul tak? Dah ada maskara, belum habis pakai lagi dah beli yang baru.
Eh of course lah sebab tengah sale kan! Rugilah kalau tak beli. Akhirnya, barang-barang semua tu expired. Tapi sebab sayang nak buang, korang tenyeh aje dekat muka!
Salah tau! Cik Tin pun mengaku Cik Tin selalu buat macam ni.
Ada kesan buruk ke? Ada uols. Menurut pakar kulit terkenal di New York, Dr Hadley King, konsistensi produk solekan akan berubah mengikut peredaran masa, justeru tarikh luput berperanan penting dalam menentukan keberkesanan fungsi produk terbabit.
“Produk solekan yang sudah melepasi tarikh luput akan bertukar keadaannya, ada yang menjadi kering dan berketul-ketul, serta pemakaiannya tidak lancar atau rata.
Kesan pada kulit
Perubahan pada formulasi sesuatu produk bukan saja boleh menjejaskan keberkesanannya, bahkan boleh bertukar menjadi ramuan yang berbahaya kepada kulit.
“Apabila sesuatu produk itu sudah melepasi tarikh luput, semua molekul dalam produk berkenaan akan berpecah untuk menjadi satu elemen asing. Penggunaan produk berkenaan boleh merengsakan kulit lalu menyebabkan inflamasi,” katanya.
Berapa lama boleh simpan produk?
Jangka hayat produk mekap ni berbeza-beza. Boleh semak sini :
Bedak asas cecair: Secara umumnya akan bertahan selama 12 bulan dari waktu bekasnya mula dibuka, manakala maskara dan penggaris mata hanya boleh dipakai dalam tempoh tiga bulan.
Produk bibir: Bagi produk bibir pula, jangka hayatnya adalah selama dua tahun, tetapi ia berpotensi untuk rosak dengan lebih cepat jika sering digunakan atau dikongsi dengan orang lain.
Maskara: Bila dah bukak, ia bertahan 3 bulan sahaja. Lepas tu kena buang sebab risiko jangkitan boleh meningkat.
So lepas ni janganlah simpan produk mekap korang tu lama2 okay, bahaya tau! Kalau taknak rasa membazir, jangan beli banyak2. Beli produk yang korang rasa korang pakai je tau.