Buang whiteheads guna Vaseline!
Miss Gigi yakin, 90 peratus gadis-gadis di sini ada sebotol Vaseline dekat rumah betul tak? Vaseline ni merupakan petroleum jelly yang sangatlah banyak fungsinya seperti melembapkan bibir dan juga menghilangkan kulit kering.
Haaa tapi korang tau tak, seorang doktor wanita dari Korea Selatan ajar guna Vaselin untuk buang whiteheads dekat muka tau. Fuyyo, bestnya!
Jom tengok caranya step by step:
- Sapu vaseline pada hidung, pastikan keseluruhan hidung dilitupi dengan vaseline dan sapu rata.
- Setelah itu tutup hidung dengan plastik wrapping.
- Kemudian letakkan tuala panas di atas plastik wrapping tersebut, biarkan selama 5 minit atau lebih.
- Selepas itu, tanggalkan tuala panas dan plastik wrapping di hidung. Kemudian bersihkan hidung menggunakan tisu, lap sehingga bersih. Dan akhir sekali, bersihkan muka dengan menggunakan air sejuk!
- Lakukan cara ini dua kali seminggu untuk hilangkan whiteheads.
Miss Gigi yakin mesti ramai nak cuba buat kejap lagi sebab Vaseline ni mudah dan selamat untuk digunakan. Malah harganya juga murah dan mudah didapati di mana-mana sahaja serta saiznya juga kecil jadi memang terbaik sangat untuk dibawa ke mana-mana.
Selamat mencuba!