Sapu losen setiap hari tapi kulit masih tak lembut? Ini silap dia
Cik Tin merupakan seorang wanita yang memiliki kulit badan yang kering dan memang kena selalu sapu losyen. Tapi, kadang2 tu, sapu losyen setiap malam pun esoknya tu kulit masih jugak kering.
Alamak, kenapa ya? Haaa ada silapnya tu tau. Jom semak sini kenapa kulit korang sama je walaupun dah tepek losen setiap hari.
Sapu tanpa belaian
Selembut tekstur dan baunya, begitulah juga cara yang sepatutnya ketika menyapu losen pada tubuh. Bukan digosok dengan kasar. Sebaiknya, sapu dengan gerakan memutar bermula dari kaki hingga ke leher
Terus sapu pada kulit kering
Kalau korang mengalami masalah kulit kering, elak menyapu losen pada bahagian bermasalah tu terus tau.
Sebaiknya, sental terlebih dulu kulit kering sebelum memakai losen. Jika tidak, losen tersebut kekal pada permukaan dan tidak meresap ke dalam kulit dengan sempurna.
Tak pakai losyen terus lepas mandi
Untuk penyerapan yang lebih efektif, disarankan memakai losyen selepas mandi kerana kulit masih dalam keadaan lembap dan ini memudahkan losen untuk menyerap ke dalam kulit. Pastikan memakainya dalam tempoh 30 minit selepas mandi.
Pakai sikit sangat
Haaa jangan kedekut losyen! Sama seperti memakai krim perlindungan matahari, losen juga perlu selalu dipakai secara kerap pada tubuh kerana kelembapan kulit akan terjejas selama anda berada di luar rumah.
Semakin lama anda terdedah pada matahari atau sejuk dalam satu-satu masa, semakin cepat tubuh menjadi kering dan dehidrasi. Sebaiknya, sapukan losen setiap 6 atau 7 jam sekali. Barulah efektif.
Okay girls so malam ni bolehlah cuba pakai losen dengan kaedah Cik Tin tunjuk ni. Harapnya berkesan lah kan. Selamat mencuba!