Rahsia kulit licin dan badan langsing bintang Korea!
Siapa tengah sibuk layan drama Korea dekat Netflix sekarang ni? Cik Tin tengok dah makin banyak selection cerita Korea dekat situ.
Haih Cik Tin bukan apa, kalau tengok cerita Korea ni, gerammm je tengok kulit bersih diorang tu! Lelaki ke perempuan ke sama je licinnya. Dahlah kulit licin, kurus pula tu.
So, kalau ada yang berangan nak jadi macam diorang, hentikan berangan dan meh ikut tips ni supaya korang dengan Jun Ji Hyun, Kim Tae Hee, Han Ga In dan Song Hye Kyo tu nampak sama je bila berdiri sebelah-sebelah.
Teh hijau
Umum mengetahui teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada sinaran cahaya matahari.
Makan ubi keledek
Diorang suka makan ubi keledek kan? Haaa ubi keledek ni kaya dengan Vitamin A dan C, ramuan yang diperlukan untuk memberi warna kulit sekata dan cahaya dari dalam tau. Ubi keledek mengandungi biotin yang menambah kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut jugak.
Sup rumpai laut (seaweed)
Cerita Korea memang selalu sangat kita nampak pelakon dia makan seaweed soup ni. Selain sedap, ia juga kaya dengan iodin yang meredakan bengkak dan mempunyai kandungan kalsium tinggi yang baik untuk tulang dan juga kandungan omega dan vitamin B1 juga B3 yang baik untuk kesihatan secara umum.
Korean pear
Berbeza dengan pir yang biasa kita makan, Bae atau Pir Korea ini kerap disebut sebagai apple pear kerana bentuknya yang bulat, besar, manis dengan daging berwarna putih dan kulit kuning kecoklatan. Buah yang boleh langsung dimakan tanpa dikupas ini memiliki kandungan vitamin K, C, dengan kandungan serat yang tinggi. Pengambilan buah ini juga membantu proses pencernaan, kesihatan mata, kesihatan hati, menurunkan kolesterol dan mengurangkan berat badan.
Kacang soya
Di Korea Selatan, kacang soya banyak diambil setelah melalui proses penapaian. Gochujang (sos cabai), Doenjang (sos kedelai berwarna coklat kekuningan), Chunjang (sos kacang hitam), Ganjang (kicap) adalah aneka sos yang diciptakan melalui proses penapaian pada kacang soya.
Kacang soya adalah sejenis makanan yang kaya vitamin E, tinggi kandungan antioksidan, rendah kalori serta berserat, sekaligus merupakan makanan yang baik untuk memelihara kesejahteraan jantung.
Kimchi
Ini adalah makanan wajib orang Korea setiap hari, apa lagi kalau bukan kimchi. Kimchi adalah sejenis jeruk dibuat dengan cara mencampurkan garam, jahe, gula, bawang, cabai, dan sayur pilihan untuk kemudian ditapai.
Proses penapaian secara tradisional dilakukan dengan cara memasukkan adunan di atas ke dalam pot tanah liat dan menanamnya di bawah tanah.
Proses penapaian kimchi menimbulkan bakteria lactobacillus yang baik untuk pencernaan dan kesihatan kulit. Dengan memakan kimchi, jerawat juga mudah hilang. Kimchi juga dianggap sebagai makanan anti penuaan.
So, dah bersedia nak cantik ke girls? Jomlah cuba makan makanan orang Korea ni okay!