Wajah runcing dan awet muda dengan kaedah Gua Sha
Hi girls! So Sis Tina nak tanya, ada sesiapa dekat sini yang pernah cuba kaedah urutan wajah Gua Sha? Sis Tina pernah tau and OMG I love it! Ia membuatkan kulit glowing, encik shuben pun tegur haritu. So apa benda sebenarnya Gua Sha ni uols?
Gua Sha merupakan satu kaedah perawatan wajah turun-temurun yang diamalkan masyarakat China sejak zaman-berzaman.
Menggunakan batu jed atau sekeping kayu kecil diperbuat daripada tanduk kerbau, Gua Sha atau disebut gwahshah, dalam bahasa Kantonis bermaksud mengikis, menyentuh, atau membentuk.
Mengikut perubatan tradisional Cina, qi atau chi adalah tenaga yang mengalir melalui badan. Ramai orang percaya bahawa qi seseorang mesti seimbang dan mengalir dengan bebas untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Kalau korang tengok kaedah urutan dia, nampak macam mengikis dan menyakitkan tau padahal langsung tak sakit.
Ia melancarkan edaran darah dan hasilnya kulit korang nampak bersinar dan sihat.
Ramai aktres popular Hong Kong, China bahkan di Korea Selatan, dikatakan mengamalkan perawatan wajah Gua Sha sebagai senjata rahsia keremajaan diorang tau uols.
Perawatan muka menggunakan kaedah itu bermula dengan sesi solekan iaitu wajah akan diurut terlebih dulu dengan batu jed untuk melancarkan perjalanan darah.
Kaedah itu dipercayai dapat membangkitkan seri, membuat wajah kelihatan lebih muda, menyahtoksin kulit dan menjadikan solekan tahan lebih lama.
Wow kan? Okay so korang berminat tak? Kalau dah cuba, boleh share dengan Sis Tina kesannya okay! Sis Tina ingat nak buat urutan Gua Sha lah lepas PKP ni habis, dah lama rasanya tak manjakan diri.