Pelik, jijik, memualkan?! Makanan ‘special’ yang mungkin korang tak tahu
Pada kita mungkin pelik dan jijik, tapi ada juga yang rasa ianya satu hidangan istimewa. Nama pun selera masing-masing.
Haih kembang tekak Cik Tin bila tengok dan baca pasal benda ni tapi nak jugak share ngan korang. Tak best la simpan sorang. Menu apa yang pelik sangat tu? Kalau korang nak try silakan.
Meh kita tengok!
Sandwich otak goreng , USA
Biasa dengar kentang goreng, ikan goreng, dan nasi goreng? Di USA terdapat otak goreng yang di jadikan sebagai inti untuk roti sandwich! Otak yang digunakan adalah daripada khinzir yang kemudiannya di goreng garing. Dalam banyak-banyak bahan untuk di jadikan inti sandwich, otak haiwan juga menjadi pilihan, pelik!
Sup telur putih, Laos
Hidangan sup memang biasa tapi kalau bahan utamanya telur semut???? Berani ke nak makan?
Di Laos, hidangan sup telur semut adalah antara menu istimewa kat sana. Bukan setakat telur je, siap campur dengan anak2 semut sekali untuk lebih rasa masam.
Alamak, gelinyaaaa!
Telur Balut, Filipina
OMG!!! Ini bukan sembarangan telur ya, anak itik di dalam cengkerang telur yang masih lagi dalam fasa embryo direbus secara hidup-hidup dan dimakan bersama sos pencicah. Anak itik yang telah cukup sifat dengan sayap dan bulu dimakan sekaligus. Haih, selera ke nak makan eh? Kembang tekak Cik Tin oi!
Shirako, Jepun
Shirako bermaksud ‘kanak-kanak putih’. Jangan tak tahu, Shirako adalah karung sperma ikan! Karung sperma yang biasa dihidangkan adalah dari ikan seperti ikan kod, ikan angler atau ikan puffer. Karung sperma ikan yang berwarna putih ini menjadi pilihan makanan eksotik di Jepun. Ada yang nak try?
Muktuk, Greenland
Apa dia Muktuk ni?
Muktuk merupakan daging ikan paus yang disejuk beku dan hidangan ini biasa dimakan secara mentah ataupun dijadikan jeruk. Kalau pejam mata mungkin Cik Tin boleh telan benda ni tapi bau dia belum tau lagi la. Takut keluar isi perut.
Ada mana-mana yang korang rasa nak cuba ke? Aduh kalau diorang bayar Cik Tin sejuta pun, tak nak Cik Tin try!
Tapi… kalau bayar 50 juta mungkin boleh consider! Hehe!