Ini 5 cara serum vitamin C bantu cantikkan wajah
Bila tengok skincare routine orang lain kan, Sis Tina selalu nampak serum vitamin C sebagai salah satu produk wajib. Hmm jadi apa sebenarnya kelebihan serum ni? Memang berkesan atau sekadar nak tambahkan produk wajah aje?
Haaa, meh Sis Tina nak habaq kelebihan vitamin C ni. Meh tengok, antaranya:
Hilangkan jerawat
Oleh kerana vitamin C berasid, apabila digunakan secara langsung ke kulit, ia akan mencetuskan pengeluaran kolagen dan elastin. Sekaligus dapat menyelesaikan pelbagai masalah kulit, walaupun untuk jerawat yang ekstrem.
Fuh, kena tambah dalam skincare routine ni!
Melembap kulit
Kulit kita ni memang akan hilang kelembapan setiap hari. So, vitamin C boleh tolong mengekalkan kelembapan pada kulit anda. Untuk dapatkan kesan maksimum, minum air yang cukup setiap hari untuk membantu menjaga kulit kekal cantik!
Menghalang sinaran UV
Sama seperti diet yang kaya dengan antioksidan dapat melawan radikal bebas untuk sistem imun anda, vitamin C melakukan perkara yang sama untuk kulit. Ia mudah diserap oleh kulit dan menghalang kesan buruk cahaya UV dan udara tercemar.
Merawat perubahan warna kulit
Vitamin C juga sangat terkenal dengan kualitinya dalam menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi. Ia juga berkesan untuk merawat lingkaran gelap bawah mata jika digunakan dengan kerap, dan perubahan tona kulit kepada yang lebih sihat.
Kurangkan kesan penuaan
Woohoo ni berita baik! Bila usia makin bertambah, jumlah kolagen semulajadi dalam kulit makin berkurang. Jadi dengan menggabungkan serum vitamin C ke dalam rutin penjagaan kulit harian, ia boleh membantu mendapatkan hasil jangka panjang yang lebih baik. Nak kulit muka nampak lebih muda saat menginjak usia 40-an, mulakan sekarang!