Channing Tatum, Jessie J berpisah kali kedua
Siapa tak kenal dengan pasangan Channing Tatum dan Jessie J. Mereka mula berpacaran pada tahun 2018, tak lama selepas pelakon lelaki tu berpisah dengan bekas isterinya, Jenna Dewan.
Miss Gigi memang minat sangat dengan Channing Tatum ni masa dia dengan isterinya tu tapi apakan daya jodoh tak panjang. So, selepas berpisah, Tatum pun mula bercinta dengan Jessie J.
Tapi, hubungan tu bertahan setahun je.
Then, selepas berpisah, mereka membawa haluan masing-masing tapi tup tup, bercinta semula.
Eh tapi ni dah putus balik. Kenapa ya?
Haaa menurut sumber rapat Tatum, artis tu memang sangat sayangkan Jessie J, kira diorang ni memang in love habislah.
Tapi, mereka rupanya tak secocok dan benda tu menimbulkan masalah.
Maka, jalan terbaik ialah berpisah. Tapi, mereka masih berkawan dan berpendapat, mereka sesuai sebagai kawan je.
Alaaa sedihnya, sebab pada Miss Gigi lah, pasangan ni boleh jadi pasangan ‘power couple’ Hollywood macam Brad Pitt dan Angelina Jolie.
Tapi, kalau dah takde jodoh, nak buat macam mana.
Miss Gigi nak tanyalah, apa pendapat korang kalau terpaksa berpisah dua kali dengan orang yang sama?
Kalau Miss Gigi lah, rasanya perit sangat. Tak sanggup hadapi dan harapnya tak perlu hadapi kan. Korang pulak macam mana?