3 tips lip gloss tahan lama, rugi tak ikut
Siapa sini suka pakai lip gloss? Geng Sis Tina la ni. Tak kisah la nak pakai gloss sahaja atau letak atas lipstick matte untuk lembapkan bibir. Yelah uols tekstur lipstick matte kan mengeringkan, bila dah pakai seharian, rasa tak selesa pulak bibir tu so kenalah tepek lip gloss.
Tapi masalahnya lip gloss ni jenis tak tahan lama, kejap je dah hilang. Haaa jangan risau girls, Sis Tina akan share dengan pembaca Santai SIni tips kekalkan lip gloss pada bibir!
Lip liner
Gunakan lipliner untuk gariskan outline bibir uols kemudian warnakan keseluruhan bibir dengan lipliner tadi seperti menggunakan gincu. Oleskan lip gloss di atasnya. Dengan cara ini, lip gloss boleh melekat atas lip liner, menjadikan ia kekal lebih lama.
Gincu
Kalau tak suka lip liner sebab teksturnya yang pekat dan kering, ambik je lipstick fav korang. Sama jugak macam lip liner, lipstick ni bantu lip gloss melekat atas permukaan gincu dan tahan lama.
Jangan kemam bibir
Lepas dah sapukan lip gloss, jangan kemam bibir tau, sebab ini boleh menghilangkan efek kilauan gloss. Dah sapu tu biarkan sahaja, bekilat-kilat bibir uols!
Haa senang kan tips ni? Selamat mencuba!