Tanda korang dah kena detox badan korang!
Hi uols. So Cik Tin nak tanya, uols pernah tak rasa macam ada yang tak kena dekat badan, macam cepat penat, letih dan bloated.
Haaaa ini tanda-tanda badan korang penuh toksin dan perlu detox segera. Cik Tin pun ada jugak rasa macam ni kadang-kadang. Even dah tidur cukup, tetap rasa letih.
So meh Cik Tin share tanda-tanda badan korang dah kena detox.
Tidak Lena Tidur
If korang mengalami insomnia, ia berkemungkinan besar disebabkan peningkatan toksin dalam tubuh. Minum jus sayuran segar tanpa gula seperti brokoli, kubis dan lobak membantu hati menyingkirkan toksin dengan mudah. Yang penting minum air kosong lapan gelas sehari.
Berat Badan Naik Mendadak
Toksin yang banyak menyebabkan hormon badan tidak seimbang. Jadi diet yang dilakukan juga seakan sia-sia malah berat badan makin naik! Oh no! Amalkan bersenam, clean diet dan berhenti ambil karbohidrat terlalu banyak seperti roti, pasta dan makanan jenis gandum.
Keletihan Melampau
Haaa kalau dah tidur 7 hingga 8 jam sehari tetapi masih lagi letih ketika bangun tidur, salahkan toksin! Cuba amalkan minum teh hijau atau air garam laut organik sebelum tidur. Korang akan berlari ke tandas waktu pagi untuk ‘membuang’ toksin berlebihan.
Nafas/Badan Berbau
Badan atau nafas berbau disebabkan hati dan jantung sukar menyingkirkan toksin. Cuba hidu badan dan nafas sendiri kerana selalunya kita tidak perasan. Kalau ada bau yang kurang enak, amalkan diet sihat dan kurangkan pengambilan produk tenusu okay?
Masa berkurung dalam rumah ni masa terbaik sebenarnya nak jaga diri. Detoks badan dan korang akan rasai perbezaannya. Selamat mencuba!