Duduk rumah pun boleh bersolek! Ini solekan minimalis untuk jawab conference call
Hello girls. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dan bekerja dari rumah ni, kita tetap kena pastikan wajah tu nampak cantik dan bermaya walaupun tak jumpa sesiapa.
Sebabnya, kita kan selalu ada conference call. Haaa so kalau ada mekap sikit, takdelah muka nampak kusam je bila jawab conference call! Terkejut boss dan teman sepejabat!
So meh Cik Tin share antara tips solekan ringkas yang boleh korang praktikkan bila bekerja dari rumah.
Basuh wajah dengan bersih
Tips pertama dan juga tips paling penting, make sure korang mandi dan basuh muka bersih-bersih. Cik Tin tahu ada yang mungkin tak mandi pun sebab yelah bukannya ada sesiapa nak tengok pun! Eiii korang ni, mandi tu kan penting, ia membunuh kuman tau, lagi-lagi musim Covid-19 ni. Walaupun tak jumpa sesiapa, mandi tu perlu dan make sure basuh wajah dengan bersih okay?
Oleskan foundation nipis-nipis
Kalau dah duduk rumah tu, tak perlu lah makeup beria. Cukup sekadar foundation nipis dan pilih jenis yang tak banyak coverage. Muka rasa ringan je. Kalau taknak foundation pun takpe, pakai je concealer dekat bahagian bermasalah. Dah siap!
Pakai lip tint
Lip tint ni bertekstur ringan dan buatkan wajah kita nampak natural. Sapukan lip tint je pada bibir supaya bibir tu taklah nampak pucat sangat.
Rapikan kening
Kening ni penting tau, so make sure kening korang tak berserabut. Sebelum jawab conference call, rapikan kening guna spoolie iaitu berus yang orang gunakan pada kening tu. Lukis kening sikit jika perlu.
- Dandan rambut / stailkan tudung
Okay make sure rambut kemas dan disikat. Janganlah biar rambut tu serabai sangat walaupun duduk rumah. Bagi hijabis pula, jangan lupa iron tudung tu sikit. Takdelah nampak teruk sangat bila nak conference call. Atau, pilih hijab jenis tak perlu iron. Banyak dijual di pasaran.
Haaa dah siap! Simple je kan? Ini makeup tips paling basic dan minimal sangat. Kalau korang nak go all out atau nak go ekstra, pun boleh! Takde siapa nak marah!