Ramai dah mula murung? Cara happy kan diri dalam PKP
Hello girls. Dah nak masuk fasa kedua PKP dah kita ni dan Cik Tin harap korang masih okay. Cik Tin bukan apa, ada jugak dengar kawan-kawan yang dah mula stress dan murung sebab tempoh PKP dilanjutkan. Yelah bilangan kes makin meningkat menyebabkan kita semakin tak boleh keluar, tak boleh jumpa yang tersayang, tak boleh dating. Benda ni memang mengganggu emosi dan lagi lama lagi parah weh!
So, Cik Tin nak share beberapa tips happykan diri. Harap korang boleh ikut dan please remember we all can get through this!
- Makan makanan yang sihat
Makanan ni banyak pengaruhnya pada kita. Pengambilan makanan yang kaya dengan khasiat seperti vitamin penting dan mineral adalah kunci untuk menjaga otak agar tetap berfungsi dengan baik. Mengambil makanan dengan karbohidrat kompleks akan membantu otak menghasilkan serotonin yang dapat memicu emosi yang gembira.
- Bersenam
Cik Tin tengok banyak video senaman macam tarian yang boleh diikut. Tarian-tarian macam ni bukan sahaja menyihatkan tapi boleh buatkan korang ketawa sebab ia seronok dan lucu. Waktu ni lah cuba semua benda dan hiburkan hati sendiri. Kalau rajin, rekodkan tarian korang tu, nanti boleh jadi bahan ketawa antara korang dan rakan-rakan.
- Video call orang tersayang
Dalam dunia serba maju ni, kita semua boleh berkomunikasi dengan menggunakan video call. Video call mak, adik, kawan-kawan dan kekasih hati dan tanya tentang hari mereka. Waktu begini, harapnya semua ambil peranan dan check mental orang tersayang. Pastikan mereka tak terlalu stress.
- Ketawa hiburkan hati
Korang boleh tonton filem lucu atau sembang perkara lucu dengan kawan-kawan. Ketawa juga dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh, mengurangkan penghasilan hormon yang menyebabkan stres, mengurangkan rasa sakit, meregangkan otot dan juga baik untuk jantung.
- Amal ibadah
Cik Tin nampak ramai yang ambil masa ni untuk dekatkan diri dengan Yang Maha Esa seperti ganti puasa, banyakkan amalan sunat dan juga membaca Al-Quran. Kalau sibuk bekerja tu kita takde masa untuk amalan sebegini dan benda-benda macam ni lah yang buatkan hati kita tenang dan lapang. Kekalkan dan kita akan terasa bahagia.