Wah, BTS jadi guru mengajar bahasa Korea secara online di rumah!
Waduhhh kawan serumah Cik Tin ni memang akan menjerit keriangan lah bila boyband K-pop favourite dia iaitu BTS nak jadi cikgu online ajar bahasa Korea uols.
Kalau BTS jadi cikgu, garang pun takpe student masih suka hahaha.
Peminat K-Pop pasti suka dengan khabar berita ini, idol terkenal dunia BTS bakal menjadi guru dalam talian untuk mengajar uols yang berminat mempelajari bahasa Korea!
Big Hit Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan idol BTS akan melancarkan video siri terbaru dengan bertujuan membantu peminat untuk mempelajari bahasa Korea.
Video yang bertajuk “Learn Korean with BTS” ini dihasilkan dengan harapan peminat yang mengalami masalah bahasa untuk memahami dan melayan lagu-lagu BTS, dapat berasa seronok dengan memahami erti lagu-lagu yang BTS sampaikan kepada peminat.
Projek murni ini juga berkolaborasi bersama penyelidik dan professor dari ‘Hankuk University of Foreign Studies’ dan juga ‘Korea Language Contents Institute’, bagi menghasilkan kandungan pembelajaran bahasa Korea dalam talian yang interactive dan fun!
BTS akan menggunakan video pendek sedia ada seperti “Run BTS!”, “Bangtan Bomb” dan “BTS Episode” sebagai kandungan untuk mengajar bahasa Korea kepada peminat secara dalam talian.
Difahamkan setiap video berdurasi tiga minit dan sepanjang tempoh tiga minit tersebut terdapat penjelasan mengenai perkataan dan tatabahasa Korea yang betul.
Aktiviti menarik ini dilancarkan secara percuma di dalam aplikasi peminat Big Hit iaitu Weverse bermula 24 Mac 2020.
Jumlah video pembelajaran daripada BTS ini sebanyak 30 dan hari ini Big Hit akan mengeluarkan tiga episod yang pertama untuk kita semua belajar bahasa Korea.
Musim-musim duduk rumah dalam mematuhi perintah kawalan pergerakan ni korang mesti banyak layan movie, tv series dan lagu Korean kan? Haaa apa kata uols belajar bahasa Korea pulak, ada juga faedahnya betul tak.
Cik Tin walaupun tak lah minat K-pop ni tapi kalau dia suruh belajar bahasa Korea Cik Tin nak!
Tak rugi langsung tau belajar bahasa ketiga, keempat, kelima keenam ke ni. Sebab semua ni adalah satu bentuk ilmu.
Kalau dah BTS yang ajar, mesti cepat tangkap punyalah! Takdelah korang asyik sebut anyeonghaseyo jer memanjang betul tak?