Dinosaur terlepas shopping dekat Jaya Grocer? Lahhh Betty Rahmad rupanya
Aduhaiiii tergelak Cik Tin bila tengok igtv yang dipost oleh adik kepada pelakon Erma Fatima ni iaitu Betty Rahmad.
Betty Rahmad pergi shopping barangan dapur dengan mengenakan kostum dinosaur warna coklat uols dan menggelar dirinya Mama Dino!
Haih kreatif betul artis Malaysia ni lah!
Betty Rahmad ni kata, dia bukan sengaja nak cetuskan viral atau apa, tujuan dia pakai kostum tersebut ialah untuk menyelamatkan dirinya dan social distancing seperti yang diseru kerajaan.
Tapi bahan masakan macam kunyit segala bagai tu pulak habis, maka dia gigihkanlah dirinya keluar membeli belah barang dapur.
“Sebelum keluar rumah, I fikir nanti orang akan pelik dan pandang. Takpe lah janji aku rasa confident dalam tu dan tak kacau orang.
“Tapi, tiba-tiba viral. Sumpah takde niat, kalau I nak viral I dah bawak orang teman untuk ambik video,” gitulah tulisnya dalam instagram.
Haha tapi bagi Cik Tin, ini viral yang comel! Sebabnya yelah dia tak kacau orang pun, cuma menjalankan tugas dan nak beli keperluan harian jer.
Apa yang dia buat pun mendapat perhatian selebriti lain yang jugak terhibur dengan aksi si Betty ni.
Antaranya Neelofa yang komen “Hahahahaha, harus masuk The Ellen Show!” dan Sazzy Falak yang tulis “Omg Betty! Happy Birthday you crazy woman! Love it!”
Lagipun, Betty kini sedang hamil anak kedua, of course lah dia ambik extra precaution betul tak dalam tempoh kawalan pergerakan ni.
Apa-apa pun, idea pakai kostum ni menarik, esok lusa kalau korang nampak gajah ke, harimau ke, beruang ke membeli belah, korang jangan kacau dia pulak!
Kalau beruang tu Cik Tin lah kot tapi tu diri sendiri ya bukan kostum sebab dah serupa beruang dah ni duduk rumah lama sangat hahaha.