Rawatan DIY pelik untuk atasi jangkitan pada Miss V
Hi girls. So haritu ada kawan Cik Tin tanya, ada ke tak rawatan DIY untuk Miss V sebab dia kata dia segan betul nak jumpa doktor dan nak tanya pasal Miss V ni walaupun kalau Dr tu perempuan.
So, Cik Tin share lah apa yang Cik Tin tau tapi if masalah korang berpanjangan atau makin serius, kena jugak jumpa doktor okay!
So ni tips rawatan DIY untuk atasi jangkitan pada Miss V.
Bawang putih
Bawang putih mempunyai agen antikulat semula jadi tapi ia juga boleh memburukkan keadaan. Jangan letak direct pada Miss V! Ambil air rebusannya sahaja dan cuci Miss V macam biasa.
Yogurt
Menyapu vulva dengan yogurt asli tidak akan menghentikan jangkitan, tapi ia boleh melegakan rasa pedih dan kegatalan.
Tea tree oil
Ramai menganggap ia mempunyai agen antikulat dan antiseptik. Ia mungkin tidak membahayakan, tapi ia juga tidak begitu efektif
Asid Borik
Kedengaran menakutkan sebab asid borik ‘keras’ tapi efektif. Ia dijual dalam bentuk pil di mana korang perlu masukkannya ke dalam ‘Miss V’. Gunakan hanya untuk jangkitan berulang dan tanya pendapat doktor terlebih dahulu okey, jangan pandai-pandai!