Haluskan kulit tangan dengan bahan magic ini
So, Sis Tina dengar ramai yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan disebabkan oleh PKP ni kan. Takpe, this is for the best dan ini juga secara tak langsung memberikan korang masa untuk jaga penampilan diri supaya lebih cantik masa hari persandingan nanti.
Antara benda yang pengantin selalu abaikan ialah penjagaan tangan. Yelah uols, kulit tangan ni penting tau sebab nanti photographer nak ambil gambar cincin korang tu.
Kalau tangan kering dan menggelupas, kan tak cantik! Sini Sis Tina share tips muluskan kulit tangan in no time!
Oatmeal + Minyak Kelapa
Cuba oatmeal yang berfungsi sebagai moisturiser semula jadi untuk melembapkan kulit kering. Campurkan 1/2 sudu makan minyak kelapa dengan 1 sudu makan serbuk oatmeal, kemudian kacau sebati. Sapu di tangan dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas. Lakukan setiap hari pada waktu lapang.
Gula + Minyak Zaitun
Mahu buat hand scrub sendiri di rumah? Minyak zaitun dapat melembapkan tapak tangan yang kering dengan pantas. Campurkan 1/2 sudu teh minyak zaitun ke dalam 1 sudu teh gula pasir, kacau hingga rata, kemudian sapukan ke seluruh tapak tangan dan gosok dengan lembut selama beberapa minit. Kemudian, bilas hingga bersih. Kalau buat selalu, memang lembuttttt je tangan tu!
Kuning Telur + Madu
Siapa sangka kuning telur juga ideal untuk kulit kering? Ia mengandungi air dan lemak yang hebat untuk mengunci lembapan ke dalam sel kulit. Campurkan 1 kuning telur dengan 1 sudu teh madu, sapukan di tangan hingga rata dan biarkan selama 10 minit. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk dan natural soap.
Kalau amalkan selalu, tangan korang akan lembut dan cantik, ready untuk diinaikan. Barulah bakal suami seronok nak sarung cincin ye dok!