Kuruskan badan di rumah, tak perlu diet!
Bila diumumkan tempoh perintah kawalan pergerakan telah dilanjutkan sampai April 14, ada yang mengeluh. Bukan sebab nak ingkar ke apa tapi sebab tengok badan dah makin bulat! Hehe.
Tapi takpe meh sini Sis Tina nak kongsi sikit tips dengan korang macam mana nak kurus tapi masih lagi makan macam biasa.
Rancang menu
Memandangkan korang masih boleh grocery shopping macam biasa, maka rancanglah apa nak makan, apa nak masak hari tu. Cara ni boleh tolong kita jaga kalori intake tau.
Minum air masak je
Ini Sis Tina akui, memang agak sukar nak dipatuhi, maklumlah Sis Tina ni memang suka sangat air manis. Tapi cuba lakukan dan boleh tengok keberkesanannya.
Makan sikit-sikit tapi kerap
Makan sikit-sikit tapi kerap ni memang tips yang biasa kita dengar tapi ini memang bekesan bagi elakkan kita rasa lapar dan binge eating. Masa duduk rumah lah senang nak eat small meals sebab boss tak nampak!
Elakkan makan bila bosan
Okay duduk rumah lama-lama ni memang akan bosan betul tak. Jadi, kalau grocery shopping tu, janganlah beli snek yang boleh korang capai masa bosan. Beli buah-buahan atau kawal rasa nak makan bila bosan okay?
Bergerak!
Siapa kata waktu PKP ni tak boleh bersenam? Semalam Sis Tina cuba ikut home workout video di Youtube, berpeluh juga satu badan! Badan rasa fresh sikit dan berat pun turun! Korang boleh cuba, search je home workout videos okay.
Okay lah sampai sini je tips Sis Tina. Cuba tau dan kalau korang konsisten, boleh nampak hasilnya okay! Good luck girls.