Duduk rumah pun kena cantik, jaga muka cara K-beauty
Memandangkan perintah kawalan pergerakan akan diteruskan sehingga 14 April 2020, makinlah setiap wanita tidak menjaga penampilan betul tak? Entah-entah mandi sehari sekali je sebab yelah bukan kena keluar ke mana-mana pun!
Tak boleh macam tu, kulit kena maintain jaga barulah kekal flawless, meh baca tips cantik cara K-beauty yang senang sangat nak ikut!
Pakai sheet mask
Sheet mask ni memang kewajiban sangat bila duduk rumah tau dan kalau korang ada stok sheet mask yang banyak, boleh pakai setiap hari! Cik Tin pernah jumpa sorang kawan ni dia kerja di butik jual K-beauty products tau dan dia cakap rahsia kulit dia cantik ialah pakai sheet mask setiap hari. Hmm boleh tiru niiii.
Pakai lip balm berwarna
Lip balm berwarna ni buatkan muka kita nampak fresh dan nampak macam unni hehe. Beautiful unni lah uols. So, even duduk rumah pun oleskan je lipbalm, muka tak pucat dah.
Masih maintainkan 3 basic skincare routine
Jangan tinggalkan pulak basic skincare routine even dalam rumah okay. Basuh muka, apply toner dan moisturizer. Cik Tin kadang-kadang malas sapu toner terus moisturizer je hehehe. Kena ubah ni!
Basuh muka dengan air beras
Beberapa bintang filem Korea mengakui, suka basuh muka guna air beras. Selepas basuh beras, ambil air tersebut dan basuh muka dengan air tu. Ia menjadikan kulit mereka bersih dan anjal.
Sentiasa ada face mist
Korang ada spray muka? Haa benda ni penting tau untuk segarkan balik muka yang dah lesu tu. Kalau rasa muka kering, spray sikit face mist tu okay?
Benda-benda ni kena istiqomah dan berterusan ya. Jangan give up! Walaupun duduk rumah kulit kena maintain cantik okay!