Covid-19: Selebriti dan influencer tampil memberi bantuan
Dalam musim Covid-19 ni, Cik Tin tengok selebriti dan juga individu berpengaruh tak duduk diam, mereka menggunakan pengaruh mereka untuk melakukan perkara yang mulia bagi membantu golongan yang memerlukan contohnya seperti hospital.
Masa Cik Tin scroll-scroll berita tadi, ternampaklah beberapa selebriti antarabangsa yang juga tampil memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk. Wah, baik sungguh hati mereka ni kan.
Antaranya termasuklah John Legend yang menghiburkan peminat dengan buat mini konsert di rumah yang disiarkan melalui IG live dia. Aduhaiii cair peminat-peminat seluruh dunia!
Kata John Legend, social distancing ni memang penting tapi tak bermaksud ia sepatutnya menjadi bosan. Maka, dia pun menyanyi dan bermain piano bagi menghiburkan peminat yang sama-sama duduk rumah macam dia.
Pengasas jenama fesyen terkenal iaitu Donatella Versace bersama anak perempuannya iaitu Allegra Versace pula telah mendermakan €200,000 kepada hospital San Raffaele di Milan. Wahhh, mulianya hati mereka kan.
“Waktu sebeginilah kita harus tampil dan membantu golongan front liners yang bertungkus lumus bekerja dan menyelamatkan beribu-ribu nyawa,” kata Donatella dalam satu kenyataan.
Influencer dan ikon fesyen dari Itali iaitu Chiara Ferragni tak ketinggalan menghulurkan bantuan kewangan apabila menyumbangkan €100,000 melalui kempen GoFundMe bagi membantu hospital-hospital di Itali dan dana tersebut akan digunakan untuk membeli katil-katil baharu di hospital-hospital di Itali.
Haaa ni antara berita paling mendapat perhatian adalah Delta Airlines punya CEO iaitu Ed Bastian sanggup melepaskan gajinya selama enam bulan bagi mengelakkan terpaksa membuang pekerjanya. Wahhh drastik betul keputusan ini.
Yelah uols virus Covid-19 ni dah menyebabkan industri penerbangan lumpuh dan ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan atau pun diberikan cuti tanpa gaji.
Haaa terinspirasi kan bila baca kisah-kisah mereka ni? Baik-baik hati diorang ni semua, Cik Tin harap semua penderitaan kita ni segera berakhir.