Idea perkahwinan ala drive-thru. Menarik ke tak?
Okay so baru-baru ni Sis Tina scroll Facebook, maklumlah bosan kan. So terjumpalah gambar pasangan pengantin yang bersanding dengan konsep drive-thru. Maklumlah musim Covid-19 ni kan.
Eh tapi ini rupanya bukan majlis persandingan sebenar tau, ini adalah sesi fotografi jerrr yang dibuat oleh seorang jurugambar.
Baru-baru ini, salah seorang pengusaha pakej perkahwinan, Noorsaidatull Asmah Mohamed Sidik yang telah berkongsi gambar pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan berkonsepkan drive-thru atau ‘pandu lalu’ di Facebook miliknya. Untuk pengetahuan korang, pengantin dalam gambar itu bukanlah pasangan sebenar sebaliknya mereka hanya berlakon mengikut konsep fotografi.
Jangan salah faham ye korang, sesi fotografi itu dijalankan sebelum pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini bukan galakan untuk bakal pengantin di luar sana ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diputuskan oleh kerajaan.
Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan pasangan pengantin menyambut ketibaan tetamu yang datang menaiki kereta dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman sebelum menghulurkan makanan.
Ada satu gambar menarik yang Sis Tina nampak iaitu tabung sumbangan uols. Tabung sumbangan tu turut diletakkan depan pelamin buat sesiapa yang nak menyumbang. Menarik betul.
Menurut Noorsaidatull, idea untuk melakukan sesi fotografi dengan konsep pandu lalu seperti mana diguna pakai di restoran makanan segera itu tercetus selepas melihat perkembangan situasi semasa.
Mesej yang disampaikan daripada gambar itu adalah kepentingan mengamalkan jarak sosial dan mengelak bersalaman dengan satu sama lain ketika berdepan individu sekeliling di tempat terbuka.
Tidak sah lah kan kalau tiada kecaman dari warga net, biasalah netizen kita ni uolsssss tetapi Noorsaidatull menerima semua pandangan dengan hati terbuka. Rata-rata perkongsian itu menyambut baik dan berminat dengan konsep berkenaan.
Contoh sebegini yang kita perlukan. Patuh dengan arahan kerajaan dan seandainya ada kelonggaran untuk mengadakan majlis perkahwinan selepas tempoh 14 hari, idea ini mungkin boleh diguna pakai sehingga wabak itu reda.
Naib baik Sis Tina dah kahwin, kalau tak memang Sis Tina ajak je shuben kahwin macam ni hehe sebabnya murah dan makcik bawang tak sempat nak kritik majlis kita! Hahaha.
Kepada yang terpaksa membatalkan atau menangguhkan persandingan sebab wabak ni, Sis Tina tau korang kuat dan Sis Tina doakan semuanya segera pulih supaya korang pun boleh melaram macam Sis Tina dekat atas pelamin okay!