Wuhan kini hampir di penghujung Covid-19
USAHA selama 2 bulan membuahkan kejayaan di Wuhan. Dengan erti kata lain Wuhan tidak merekodkan sebarang kes jangkitan tempatan baharu sehingga hari ini.
Ia merupakan perkhabaran yang baik buat Wuhan. Bagaimanapun, terdapat 34 kes baharu di seluruh China dan ia merupakan kes import bukannya tempatan.
Ini disebalik kejayaan Wuhan membendung dari COVID-19:
- China mengumumkan perintah sekatan pergerakan masuk keluar (lockdown) di Wuhan. Seramai 11 juta penduduknya diperintah untuk berkurung di dalam rumah dan dibenarkan keluar jika mahu membeli barangan keperluan ataupun mendapatkan rawatan kesihatan. Hanya dibenarkan satu ahli keluarga sahaja untuk keluar. Jawatan kuasa penduduk diberikan tugas untuk urusan berkenaan dan memastikan semua penduduk patuh dengan arahan.
- Semua sekolah, pejabat dan kilang diarahkan tutup. Kenderaan milik persendirian diharamkan jalan. Manakala semua akses udara masuk dan keluar turut disekat.
- Memperkenalkan polisi yang lebih agresif sekiranya ingkar dengan perintah.
- Semua kakitangan perubatan melakukan pemeriksaan dari pintu ke pintu untuk mengesan individu yang disyaki dijangkiti wabak itu.
- Menyediakan ganjaran wang kepada individu yang memberikan maklumat jika terdapat penghuni yang menunjukkan simptom Covid-19. Sekiranya ada sebarang tanda tidak sihat akan segera dikuarantin.
- Pihak berkuasa membina hospital sementara dan menjadikan dewan, pusat kebudayaan dan gimnasium sebagai hospital.
Kini, Malaysia mula menjalani perintah kawalan pergerakan sehingga 31 Mac ini. Mungkin ia menyulitkan kehidupan akan tetapi cuba kita mengadaptasi langkah yang dikuatkuasa di Wuhan. Sudah tentu kita dapat mengawal penularan wabak ini sama seperti di China.
China kini sudah hampir ke penghujung dalam perangnya terhadap wabak Covid-19. Apa kata korang anggap Perintah Kawalan Pergerakan sebagai sesuatu yang positif. Ikut arahan, cuba sehabis baik duduk dalam rumah bagi mengelakkan contact dengan orang luar. Sekejap je, 14 hari je uols.
Yang penting usaha kena ada, selebihnya kita tawakal pada-NYA.Paling penting, marilah sama-sama berdoa supaya semua ni berakhir sebelum tibanya Ramadan sebab kita semua teringin sangat nak bersama-sama solat terawih di masjid.