Virus Covid-19 bersifat airborne, amat mudah berjangkit
Cik Tin masa musim-musim kawalan pergerakan ni memang kerjanya update dengan news semasa jelah dan korang tau tak kes jangkitan Covid-19 ni saban hari semakin meningkat.
Setiap hari, ia mencatatkan at least 100 kes dan ini sangatlah membimbangkan. Oleh sebab tu lah kita semua ni dikehendaki untuk duduk dalam rumah bagi memastikan kita tidak dijangkiti.
Ambil ini sebagai langkah berjaga-jaga dan tolonglah jangan ingkar. Nak tahu kenapa jangan ingkar?
Korang tau tak virus tu boleh berjalan dan merebak sebelum hinggap pada korang. Haaa sebab ni lah kena buat social distancing.
Maksud social distancing ni ialah jaga jarak antara korang dengan orang lain. Make sure korang berdiri jauh antara satu sama lain, jarak yang selamat ialah 1 meter tau.
Jadi, janganlah gatal-gatal pergi keluar dan merisikokan diri untuk bawak balik virus ni ke rumah.
Langkah kerajaan dalam mewujudkan sistem pembelian dan sistem delivery barang makanan ke rumah ni boleh dijadikan salah satu contoh terbaik social distancing.
Kalau orang hantar order tu datang ke rumah, make sure suruh dia tinggalkan sahaja pesanan korang tu dekat luar rumah. Jangan sesekali berdiri dekat apatah lagi bersentuhan. Bahaya!
Cik Tin pun buat gini walaupun adalah jugak rasa macam rude kan tapi Cik Tin akan tinggalkan nota cakap terima kasih dekat pintu rumah tu.
Takpe, mereka pun faham sebab mereka pun nak jaga diri merka. Haih, marilah sama sama berdoa agar keadaan cepat pulih okay?
Stay at home and stay safe ya.