Partial lockdown COVID-19 – situasi sangat tenang
Hello semuanya, apa khabar? Harapnya baik baik sahaja lah ya. Maklumlah, kita semua kena duduk diam-diam dalam rumah bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan ni kan.
Cik Tin pun samalah macam korang, duk tengok apa aktiviti yang boleh dibuat musim COVID-19 ni. Actually, banyak je benda boleh dibuat, cuma nak atau taknak je betul tak.
Antaranya termasuklah menghabiskan drama bersiri yang korang sibuk sangat duk layan tu, bersenam dalam rumah, cuba resipi baru, dan juga spend masa dengan keluarga.
Tapi, semalam, masa hari pertama partial lockdown ni, apa yang Cik Tin perasan dekat insta stories Cik Tin adalah gambar laptop yang menunjukkan rakyat Malaysia sedang bekerja dari rumah dan juga gambar masakan yang dikongsi oleh kawan-kawan. Haaa nampaknya korang semua tahu lah apa yang perlu dilakukan dalam tempoh ini betul tak?
Yang memasak tu, mehlah share resipi dengan Cik Tin!
Selain dua benda ni, apa yang menarik perhatian Cik Tin ialah keadaan dan suasana di pasaraya yang kembali tenang selepas panic buying yang dibuat baru-baru ni.
Cik Tin lah tu antara makhluk yang buat panic buying tu hehehe ampunkan Cik Tin. Maklumlah jenis gelabah dan cepat panik maka Cik Tin pun apa lagi boronglah makanan banyak-banyak.
Tapi semua tu tak perlu pun sebab memang pasaraya dan pasar basah ni bukak setiap hari bagi membekalkan makanan kepada orang ramai.
So, berdasarkan maklumat yang Cik Tin dapat, pasaraya dah mula stock up barang dan pasar-pasar pun ada je barang basah yang diperlukan dan jangan risau sebab stok bahan semua mencukupi.
So, korang bolehlah buat pembelian barangan ni nanti sama ada melalui khidmat delivery.
Atau kalau terpaksa sangat keluar tu, pastikan korang jaga jarak dengan individu lain dan juga ambil langkah berjaga-jaga iaitu basuh tangan sellau dan juga pakai mask ya.
Menurut seorang peniaga ikan di sebuah pasar di di Shah Alam, dia cakap masa panic buying tu, diorang semua memang kelam kabut sebab orang datang serbu kedai dia seperti iada hari esok.
Memang laku keraslah ikan-ikan dia dan semuanya habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Walaupun bersyukur dengan hasil jualan tersebut, peniaga tu cakap dia kurang bersetuju dengan tindakan orang ramai yang membeli secara panik. Eh, terasa pulak Cik Tin.
Sebabnya, mereka masih beroperasi seperti biasa dan pembelian in bulk tu menjadikan orang lain dah tak boleh beli ikan pulak. Kan ke tak bagus tu.
So, semalam, keadaan dah kembali pulih dan pasar tu dah jadi tenang sangat.
Haaa bagus lah tu. Sebab, ini menunjukkan orang ramai memang betul-betul mematuhi perintah kawalan pergerakan yang sudah ditetapkan.
Cik Tin pun semalam duduk rumah je dan melayan kucing-kucing Cik Tin selepas dah siapkan tugasan kerja pada hari tu.
Untuk 2 minggu je uols. Kita semua boleh lakukan ini. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa situasi ini kembali pulih seperti biasa.
Nak baca lagi?
Pelakon Idris Elba positif COVID-19