Kemas rumah – mini persiapan puasa dan raya dalam perintah kawalan pergerakan ni
Hi ladies! Sis Tina harap semuanya sihat-sihat belaka.
Ada ke antara uols yang dah tak tahu nak buat apa dalam tempoh kawalan pergerakan ni? Masa Sis Tina scroll Twitter tadi, nampak ramai yang dah start mengeluh sebab bosan dekat rumah. Haih korang ni, korang baca tak yang kes wabak COVID-19 ni dah naik mencanak-canak dekat seluruh dunia termasuk Malaysia?
Dah 5 hari berturut-turut peningkatan kes melebihi angka 100. Takkan disuruh duduk rumah pun uols complain? Ish ish ish. Ni semua dibuat demi keselamatan uols jugak okay.
Pada yang complain bosan tu, hmm, actually, banyak je benda yang boleh dibuat.
Kalau korang dah bosan tengok tv ke layan movie sebab Astro bagi channel percuma kan, korang boleh buat satu lagi aktiviti paling berfaedah iaitu… membersihkan rumah!
Yes bersihkan rumah ni boleh jadi satu terapi tau. Memandangkan raya pun dah tak lama lagi, boleh jer mulakan kemas rumah awal sikit memandangkan kita semua ada masa yang agak banyak untuk dimanfaatkan.
Macam Sis Tina, Sis Tina dengan husband dah start jugaklah kemas barang-barang sikit-sikit untuk persiapan puasa dan raya. Kalau groceries tu, ada jugak barangan bulan puasa yang dah dibeli seperti stok makanan kering untuk sahur.
Maklumlah in about a month je lagi kita ni nak berpuasa kan.
Tiba-tiba rasa sebak pulak. Harapnya virus ni surutlah sebelum puasa sebab Sis Tina nak sangat sambut puasa dan berkesempatan solat terawih. Benda tu kan setahun sekali je. Waktu tu lah nak kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Sama-sama berdoa okay?
Jadi marilah kita semua stay dekat rumah dan patuhi perintah kawalan pergerakan ni. Tak susah pun, kita jaga kita okay? Sis Tina tengok, makin ramai yang patuhi perintah ni. Pasaraya pun memang lengang sangat dan kedai pun dah takde orang lepak dah.
Baguslah macam tu!
Lagi satu, Sis Tina pun puji sangat tindakan kerajaan yang masih lagi membenarkan supermarket untuk beroperasi seperti biasa. Siap ada servis delivery lagi!
So bolehlah uols ajar parents dan kawan-kawan gunakan servis macam ni. Kalau boleh, limitkanlah keluar daripada rumah tu even nak ke pasaraya pun. Sebabnya, kalau korang keluar, korang berpotensi bawak balik virus tu ke rumah. Kita taknak kan benda-benda macam tu? No no no!
Haaa now bolehlah sediakan list barang apa yang nak diganti atau ditukar dan boleh mula mengemas sikit-sikit. Marie Kondo kan rumah korang tu. Terisi lah kan masa lapang yang ada. Rumah pun bersih dan bebas kuman, bebas virus.
Selamat membersihkan rumah! Nanti Sis Tina kembali lagi dengan more tips on what to do semasa perintah berkurung ni. Dah, jangan nak complain je. Duduk rumah jaga diri okieee.