Tips kawal selera makan, confirm menjadi!
Haih rasanya ramai kot yang dah tahu kalau nak kurus, kena fokus kepada kawal selera makan dan bukannya senaman. Senaman memang membantu kurus tapi selera makan lebih mempengaruhi berat badan kita. Cik Tin sedar semau ni haha tapi kalau dah semua makanan menyelerakan, macam mana nak kawal ya? Susah tau!
Tapi tak payah nak mengeluh sangat sebab harini Cik Tin akan share dengan korang 3 tips utama dan confirm menjadi untuk kawal selera makan.
1 . Pakai bengkung
Siapa je tak tahu fungsi bengkung ni kan. Bengkung berfungsi untuk menekan dan mencantikkan tubuh badan. Bengkung akan membuatkan kita mudah sedar jika kita makan terlalu banyak terutamanya jika tali pinggang sudah mula berasa lebih ketat ketika majlis makan malam masih berlangsung. Kita tentu tidak mahu makan malam kita terjejas disebabkan tali pinggang atau bengkung kita sudah ketat kan? Ini bermakna perut kita sudah bersedia untuk berhenti bekerja! So stop eating!
2. Kelilingi Diri Dengan Warna Biru
Jarang sekali kita dapat melihat kebanyakan restoran makanan segera dihiasi dengan warna biru betul tak? McDonald’s dan KFC adalah contoh terbaik daripada beberapa pengecualian.
Percaya atau tidak, warna biru berfungsi sebagai agen penahan selera. Elakkan tempat makan yang berwarna merah, kuning atau oren kerana warna-warna ini adalah penggalak makanan yang sangat aktif! “Arghhhh, McDonald’s, KFC!! Apa yang telah uols buat pada kami!!)
3. Hidu Pisang, Epal, atau Peppermint
Percubaan telah dijalankan oleh Dr Alan R. Hirsch dari Yayasan Rawatan Rasa di Chicago bersama-sama dengan 3,000 lagi sukarelawan telah mendapati bahawa dengan lebih kerap menghidu pisang, epal atau peppermint, mereka akan berasa semakin kurang lapar dan dapat menghilangkan lebih banyak berat badan.
Antara salah satu teori untuk trik otak ialah dengan menghidu sahaja makanan, kita akan berasa seperti kita sebenarnya sedang memakannya. Hebat bukan? So, berani tak nak cuba?