Tips langsing cara Hanis Zalikha
Siapa tak kenal dengan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ni? Selain selalu berkongsi resipi masakan harian dia, wanita tinggi lampai ini juga ada berkongsi tips macam mana dia jaga badan dan maintain kurus walaupun dah ada dua anak.
Sis Tina walaupun belum ada anak lagi, tapi rasa terinspirasi nak ikut tips dia ni nanti hehe. Harap membantu korang jugak!
Melalui IG TV, Hanis berkata makan roti wholemeal, kudapan buah-buahan dan minum air yogurt antara amalan dia dan juga keluarga untuk kekal sihat luar dan dalam.
Roti Wholemeal
Hanis berkata, dia dan keluarga menolak roti putih sepenuhnya. Sekarang dia hanya makan roti jenis wholemeal sahaja. Roti wholemeal adalah roti gandum penuh yang tinggi serat makanan. Roti ini membuatkan seseorang berasa kenyang selepas memakannya.
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, uols disarankan makan roti wholemeal kerana kandungan seratnya tinggi dan nilai G.I lebih rendah. G.I adalah singkatan kepada Glycemic Indeks, merupakan ukuran relatif bagaimana sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat memberi kesan kepada tahap gula dalam darah. Lebih tinggi nilai G.I bermakna lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan naik dengan cepat.
Kudapan Buah-Buahan
Hanis juga sukakan kudapan atau suka mengunyah. Biasanya orang akan mengunyah kerepek atau keropok, tapi lain pula bagi Hanis. Hanis memilih buah-buahan! Setiap kali beli buah-buahan, setengah disimpan dalam peti sejuk dan setengah lagi diletak dalam bekas (plastik atau kaca). Cuci dan susun dalam bowl cantik-cantik, jadi setiap kali rasa nak mengunyah, capai sahaja buah-buahan tersebut.
Bukan sahaja baik untuk kesihatan malah kecantikan kulit wajah juga terjamin dengan mengamalkan buah-buahan yang mengandungi banyak nutrien. Daripada tak suka makan pisang, terus jadi suka!
Minum Air Yogurt
Ada orang sehari tak minum air manis, atau air bergas rasa tak selesa. Tapi nak sihat malah menurunkan berat badan, sebaiknya minum air putih. Tapi biasalah ada kala mahukan minuman manis, jadi cara Hanis dengan minum minuman yogurt.
Hanis memilih minuman Nestle Lactel Bliss kerana ia mengandungi jus buah-buahan yang sebenar dan rendah dalam lemak. Rasa manis dari ekstrak buah-buahan sebenar yang sedap dan lemak berkrim membuatkan uols rasa kenyang setiap kali minum. Tapi, korang boleh je minum air yogurt apa pun asalkan check kandungan gula dia okay.
Penutup video, Hanis menjelaskan betapa penting perubahan kecil dilakukan sekarang supaya hidup lebih sihat dan terjamin. Jika Hanis boleh lakukan, of course korang juga boleh! Menarik jugak tips ni sebab Sis Tina memang gila makanan manis so boleh tiru tips mudah ni untuk my sweet things craving tu.