Teknik urut muka dengan betul untuk awet muda
Cik Tin dulu pernah anggap mengurut muka ni sebenarnya tak memberi apa-apa manfaat terhadap wajah selain daripada menenangkan. Yelah kalau Cik Tin pergi facial tu kan, orang tu adalah urut muka tapi Cik Tin tak notice difference pun, cuma rasa lebih tenang je. Tapi, kawan Cik Tin haritu ada bagitahu teknik urutan wajah ni buatkan wajah nampak muda tau!
So harini meh kita tengok macam mana nak urut muka bagi awet muda. Tips ni Cik Tin dapat daripada Pinterest. Jom cuba!
1. Pam sedikit serum di atas telapak tangan yang bersih. Gosok produk tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghangatkannya dengan suhu badan sebelum menyapu ia pada keseluruhan wajah.
2. Daripada dagu, tolak pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.
3. Seterusnya bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.
4. Untuk bahagian dahi, tolak semua ke bahagian atas sehingga ke kawasan anak rambut. Fokus pada bahagian ini kerana dahi adalah kawasan wajah yang paling cepat berkedut!
5. Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh: Kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.
6. Seperti orang Korea, tampar lembut muka anda sekuat hati (jika tahan sakit). Cara ini akan mengejutkan semua otot pada wajah untuk aktif kembali bahkan dapat menyah toksin tahu? Anak buah Cik Tin selalu tiru aksi ni kalau Cik Tin bersiap depan dia hehe.
7. Langkah seterusnya, buat cubitan kecil pada kawasan sekitar wajah. Sama seperti urutan, cubitan sebenarnya dapat mengejutkan otot-otot bawah kulit untuk kembali aktif dan segar!
Mudah je kan? Kalau rajin jaga muka dan disiplin lakukan teknik urutan ni setiap hari… mesti cantik punyalah macam Nora Danish!