Cara pilih beg sesuai dengan bentuk tubuh
As ridiculous as this sounds, saiz dan jenis beg sangatlah penting untuk tubuh badan kita. Yelah, kalau saiz beg tak kena, kan ke nampak pelik dengan badan kita? Jadi, harini Cik Tin nak kongsi dengan uols tips pilih beg ikut bentuk badan.
1. Bentuk badan tiga segi terbalik
Siapa tahu tiga segi terbalik tu macam mana? Bentuk badan ni bermaksud korang ada saiz bahu yang besar. Maka, korang kena pilih jenis sling bag bersaiz sederhana besar. Jangan sesekali pilih beg tangah yang jenis tali pendek ya kerana ia akan membuatkan bahu korang nampak sangat besar.
2. Bentuk badan segi empat tepat
Segi empat tepat bermaksud badan korang jenis tegak je, kurang shape lah kata orang tu. So, jenis macam ni jangan pilih beg tali panjang tau sebab ia akan buat badan korang nampak bertambah panjang. Sebaiknya, pilih large tote bags.
3. Badan pear
Jenis badan macam ni jangan pilih beg tali panjang bersaiz besar tau. Sebabnya, ia akan menjadikan peha korang nampak sangat besar dan badan jadi tak balance. Sebaiknya, pilih beg jenis kecil dan jatuh betul-betul dekat paras pinggang korang.
4. Badan saiz apple
Bagi jenis badan macam ni, korang kena pilih beg jenis tali panjang dan bersaiz sederhana besar. Jangan pilih beg kecil sebab ia akan nampak pelik dan tak proportionate dengan saiz badan korang.
5. Hourglass
Wow ni badan idaman ni hehe so kalau badan korang jenis hourglass, korang perlu bersyukur sebab apa jenis beg pun sesuai dengan badan korang. Maka, go crazy with your bag chosices okay?
Hmmm tips ni buatkan Cik Tin nak keluar beli beg pulak. Eh, saja lah tu nak shopping. Heheheh!
Nak baca lagi?
Elak penampilan nampak murah dengan tips ini