DIY Pepper Spray Demi Keselamatan Gadis!
Haaaa siapa dekat sini yang tak pernah beli pepper spray dan tak pernah rasa nak preparekan diri mereka dengan pepper spray? Ish ish ish bahaya tau korang sebab yelah sekarang ni dahlah banyak kes culik lah, rogol lah. Kalau takde kes pun, Sis Tina nak nasihatkan korang supaya always carry pepper spray dalam beg.
Ni benda wajib tau! Beg korang tu penuh dengan kunci rumah, kunci kereta, uncang mekap, snek ringan, hand sanitiser, tissue, perfume, kaca mata hitam, airpods, sanitary pad, nail clipper, suplemen, minyak angin, pin tudung dan bermacam-macam lagi kan.
So now kena tambah lagi satu item iaitu pepper spray okay. Tapi kali ni, Sis Tina nak share dengan korang pepper spray DIY yang senang sangat nak buat.
Guna cili api je hehe! So jom tengok macam mana nak buat.
Bahan-bahannya :
Botol
Air
Cili Padi – Hijau/Merah
1. Sediakan botol. Kalau boleh pilih saiz yang kecil supaya muat diletakkan dalam beg tangan.
2. Hiris cili padi kecil-kecil, biji jangan dibuang. Lebih banyak cili lagi bagus supaya terasa kepedihannya.
3. Selepas itu, masukkan ke dalam botol yang sudah dicuci bersih. Isikan air sepenuhnya, goncang supaya semua sebati bersama.
4. Kalau nak tahu pedas atau tidak, cuba semburkan di mana-mana. Ingat korang boleh adjust sukatan cili padi. Kalau rasa tak cukup pedih, tambah je lagi cili okay!
Dah, dah, pergi buat sekarang dan simpan dalam beg. Ini lebih penting daripada mascara dan lipstick yang korang simpan dalam beg tu tau hehe.