Tak dapat kerja sebab terlalu cantik
Kisah ni memang pelik sikit dan Cik Tin tak sure lah if ini memang betul-betul berlaku atau hanyalah andaian wanita ni je hehe.
So, khabarnya ada seorang wanita ni nama dia Irina Kova. Dia yang berasal dari Rusia nak cari kerja di London tapi tak pernah diterima sebab dia terlalu hot dan cantik. Wow, betul ke?
Kata Kova, setiap kali dia mintak kerja, wanita akan mencemburui kecantikannya manakala lelaki pula tak pernah mengambil dia dengan serius sebab dia terlalu cantik.
Kova sebelum ini bekerja sebagai business development executive untuk klien-klien penting dan dia yakin rupa parasnya yang terlalu cantik telah menyebabkan kariernya gagal walaupun resumenya sungguh menakjubkan.
Wahhh kes macam ni pun ada ya? Kalau Cik Tin yang beshe beshe je ni memang senang dapat kerja lah kalau gitu?
Kata Kova lagi, her attractiveness memberikan impak terhadap kerjayanya bila everytime dia pergi interview je, mesti dia tak diterima.
Kawan Kova menyuruh dia mewarnakan rambutnya dengan warna yang lebih gelap sebab nak nampak lebih professional.
“Hanya selepas saya warnakan rambut, saya mula dipanggil ke beberapa proses interview namun masih sukar untuk saya dapat kerja,” katanya.
Kova juga mengubah penampilan dengan memakai cermin mata walaupun penglihatannya jelas sebab nak nampak professional.
Bercakap pasal mekap pulak, Kova kata dia jarang pakai mekap tapi dia memiliki features yang sangat cantik dan menarik. Itu sahaja dah boleh buatkan wajahnya terlalu menyerlah.
“Saya jarang pakai mekap tapi sebab saya memiliki bibir yang besar, saya attract a lot of attention.
“Saya rasa lelaki dalam industri korporat mahukan orang yang biasa-biasa sahaja dan saya pula terlalu glamour untuk dunia korporat.
“Maka, saya tinggalkan dunia tersebut,” kata Kova. Gituuuu.
Kova kemudian memilih untuk buka perniagaan sendiri sebab tak mahu bersusah-susah terpaksa diinterview oleh orang yang takkan ambil dia bekerja sebab dia cantik sangat.
“Saya taknak create suasana tidak selesa apabila ada orang melihat seorang gadis yang hot, seksi dan sangat cantik berada di dalam pejabat itu,” ujar Kova. Wah, yakin betul dia ni kan hehe.
Apa apa lah Kova, janji dia happy. Wanita ini pun dah buka perniagaan sendiri. Harap mereka yang beli pakaian keluaran syarikatnya tak rasa intimidated pulak lah tengok betapa cantiknya Kova tu!