Buta lepas warnakan anak mata jadi hitam
Wanita dari Poland ni jadi buta selepas mendapatkan khidmat seorang tatoo artist untuk mewarnakan anak matanya dengan dakwat tattoo badan.
Aduhai, seriau dengar cerita ni. Bagi Miss Gigi lah kan, korang kalau nak bercantik-cantik pun kena lah ada batasannya. Janganlah cuba benda pelik-pelik.
Okay so cerita yang Miss Gigi baca ni berkenaan dengan sorang wanita ni dari Poland yang mata kanannya buta selepas mewarnakannya dengan warna hitam.
Kisah tragik Aleksandra Sadowska bermula 4 tahun lalu bila dia ambil keputusan untuk warnakan anak matanya dengan warna hitam. Selepas buat research, Sadowska jumpa sorang tattoo artist ni dan decide untuk pergi ke lelaki tersebut.
Kononnya, prosedur tersebut selamat sebab tattoo artist tu memang dah lama berkecimpung dalam bidang tersebut tapi padah jadinya apabila prosedur tersebut tak menjadi.
Masa anak mata kanannya tengah diwarnakan, Sadowska mengadu matanya sakit tapi tattoo artist tu cakap its normal dan dia suruh makan painkiller.
Eh gitu pulak? Senangnya ya. Tapi rasa sakit tu tak hilang dan keadaan anak mata Sadowska menjadi bertambah buruk.
Khabarnya, tattoo artist tersebut dah memasukkan jarum terlalu dalam ke dalam anak mata Sadowska, menyebabkan dia jadi buta. Mata kirinya takde apa apa sangat tapi Sadowska mendakwa penglihatannya pun tak berapa bagus lepas anak matanya diwarnakan.
Sadowska ada merujuk kepada doktor selepas keadaannya makin buruk tapi jawapan doktor juga menjadikan dia takut.
“Doktor berkata kerosakan pada mata saya agak teruk dan saya berkemungkinan buta selamanya,” kata Sadowska.
Pada tahun 2015, Sadowska ada menjalani beberapa pembedahan untuk membetulkan anak matanya namun semua prosedur tersbut gagal dan pakar mata juga memberitahu mungkin mata kirinya jugak akan buta tak lama lagi.
Aduhaiii seram Miss Gigi dengar. Sayangilah mata korang!
Tattoo artist tersebut telah menggunakan dakwat yang biasanya digunakan pada badan manusia untuk menghasilkan warna hitam pada mata Sadowska.
Sadowska dah pun menyaman tattoo artist tersebut dan lelaki tersebut berdepan hukuman penjara selama 3 tahun.
Eh mengarutlah. Bagi Miss Gigi lah kan, kalau nak stand out atau nak nampak berbeza, guna sahaja contact lens berwarna yang banyak dijual di pasaran tu. Haaa ada macam macam warna kan. Lebih selamat dan tak merisikokan organ-organ kita.