Tips first date yang perlu diikut!
First date atau janji temu pertama memang sangat mendebarkan! Sis Tina ingat lagi masa mula-mula dating dengan suami, so nervous! Berapa kali tukar baju dan berapa kali check tudung dalam cermin sebab nak make sure kita nampak paling cantik hari itu. Maklumlah, first impression kan sangat penting!
So, kalau korang ada first date soon, ini tips yang korang kena tengok okay?
– Pilih makanan yang okay
Berhati-hati dengan makanan yang mudah melekat di celah gigi. Jika si dia tiba-tiba tersengih melihat wajahmu, bermakna mungkin ada sesuatu di ‘situ’.
– Jangan tweet
Jangan sesekali tweet tentang perkara buruk yang berlaku semasa janji temu pertama. Manalah tahu dia follow Twitter kamu.
– Jangan laju sangat fikir kahwin!
Sudah ada idea untuk majlis perkahwinan kamu? Simpan dulu idea kamu itu, jangan sesekali ceritakan padanya. Nanti lelaki itu anggap kamu terdesak pula.
– It’s okay to be nervous
Menjadi kebiasaan jika kamu sedikit gementar semasa janji temu pertama. Kawal gementar itu sebaiknya.
– Pastikan mulut tak berbau
Pastikan mulut tidak berbau ya! Kajian menunjukkan lelaki akan menilai seseorang wanita itu melalui kebersihan mulutnya.
Okay so selamat berjanji temu!