Gayakan hijab dengan anting-anting, memang stailo!
Okay Cik Tin ada sorang kawan ni tau, dia memang fashionable teruk walaupun berhijab dan Cik Tin perasan dia ni suka betul menggayakan anting-anting dengan hijab dan dia pakai tudung macam biasa, bukan turban. Haa sebab kalau perasan, biasanya orang yang pakai anting-anting dengan shawl ni mesti shawl dia gaya turban kan? Tapi tak sebenarnya sebab korang boleh je gayakan tudung biasa dengan anting-anting kalau ikut caranya.
Okay sini Cik Tin nak share beberapa tips penting kalau nak gayakan tudung dengan anting-anting.
– Pilih jenis anting-anting yang sesuai
Nak pilih anting-anting ni memang senang sebabnya banyak betul pilihan yang ada di pasaran. So, sebelum nak gayakan, tengok dulu jenis baju yang korang akan pakai dan gayakan dengan anting-anting yang kena. Yelah, kalau baju korang dah sarat berbatu-batu, takkan anting-anting pun nak berbatu jugak kn? Nanti nampak serabut pulak
– Lihat material tudung
Material tudung juga memainkan peranan pada gaya ini. Seeloknya, pilih material yang lembut dan senang melekat di kepala supaya anting-anting tersebut nampak menyerlah dan boleh dilihat semasa digayakan.
– Pilih jenis anting-anting yang panjang
Jenis anting-anting yang panjang ni paling senang dan sesuai nak digayakan dengan hijab. Sebab ia akan jelas kelihatan dan
– Pakai inner neck
Cik Tin tau ada yang risau akan nampak leher atau telinga bila pakai anting-anting bila pakai tudung ni kan. Haa jangan risau, masalah ni boleh diatasi dengan memakai inner neck untuk tutup bahagian leher korang tu. Tadaaaa, dah siap!
– Pasang anting-anting pada tudung
Kalau korang ada anting-anting yang pendek dan takkan nampak kalau dipakai di telinga, boleh pakai pada tudung. Caranya, sangkutkan aje dekat tudung macam biasa. Siap!
Okay so boleh follow tips ni dan mula bergaya dengan earrings korang, okay?