Elak penampilan nampak murah dengan tips ini
Perasan tak sesetengah individu tu kan, kalau pakai barang mahal sekali pun, penampilan dia tetap nampak murah? Cik Tin ada je kawan-kawan macam ni and yelah sebab kita kawan dia kan maka kita tahulah berapa harga barang-barang yang dipakai tu. Tapi, barang murah yang Cik Tin pakai ni adakalanya nampak lagi onz dan kena daripada barang-barang yang mereka gayakan. Ooops!
So actually ada tips dia nak elakkan kita salah pilih pakaian dan end up nampak murah dan tak kena. Okay so jom semak tips elak penampilan korang nampak cheap.
– Terlalu bergemerlapan!
Bagi yang berminat dengan glitter yang blink-blink tu, mohon jangan pilih pakaian yang terlalu glitter. Kerana glitter yang terlalu banyak akan memberi kesan yang sebaliknya terhadap gaya fesyen korang. Mungkin korang rasanya ianya biasa saja, tapi kena tengok juga penampilan yang korang ingin bawa semasa menghadiri majlis atau acara rasmi.
Kalau korang ingin ke majlis-majlis seperti itu, sah-sah pakaian yang ada glitter, kena out dari list!
– Baju oversized yang tak sesuai
Siapa sini favourite dia suka pakai baju yang oversized? Apa yang dimaksudkan dengan baju yang oversized di sini adalah, korang pakai baju yang tidak sepadan dengan ukuran tubuh badan korang.
Bukan semua pakaian sesuai untuk korang guna konsep fesyen oversized seperti itu. Bayangkan korang pakai gaun yang bersaiz besar, padahal tubuh korang bukan besar mana pun. So nampak tak kena kan? Okay so stop pakai begitu okay?
– Aksesori handmade tak sesuai
Kalau korang seorang yang pentingkan penampilan dan status, elakkan menggunakan aksesori buatan tangan untuk digandingkan bersama penampilan kamu. Sekilas pandang orang dah tahu aksesori yang korang pakai tu murah dan buatan tangan.
Sebaiknya, melabur sedikit dalam barang perhiasan seperti barang kemas, aksesori dari silver atau jed merupakan aksesori terbaik bagi menunjukkan korang seorang yang punya status dan memiliki citarasa yang tinggi dan mewah.
– Kasut mesti sesuai
Kesilapan ini sering berlaku pada newbie yang baru belajar bergaya, ramai yang ingat semua jenis kasut sesuai dengan fesyen baju yang digayakan. Salah ya!
Tahu tak jika kasut yang korang pakai itu tidak sesuai dengan fesyen yang dibawa, ia juga memberi gambaran fesyen korang nampak murah dan korang tak reti berfesyen langsung.
Kalau korang tak pasti jenis kasut yang macam mana sesuai, boleh rujuk blog fesyen atau dapatkan pandangan pakar di internet.
– Baju cepat luntur
Pernah tak, baju baru yang korang baru saja pakai beberapa kali kelihatan luntur selepas basuh. Jika ya, itu tandanya fabrik baju atau seluar yang dipilih tidak bagus dan menyebabkan penampilan korang kelihatan murah dan tidak tahu berfesyen. Alamak, so bila pilih material tu kena tengok betul-betul ya.
– Beg tangan tak ada jenama
Okay yang ni is a big no no. Okay, bukanlah Cik Tin nak mengata beg takde jenama tu tak okay, kalau cantik dan kena gaya, nampak okay je tapi kalau tak cantik, takde jenama pulak, alamak, memang nampak cheap!
Jadi nak pakai beg pun kena tengok juga beg tu macam mana, dan fesyen macam mana pula yang korang nak bawa apabila keluar. Jangan pula keluar pakai dress labuh yang cantik, dicacatkan pula dengan beg tote yang besar! Serius tak sesuai.
Tips ni senang je nak ikut, yang penting korang rajin tengok blog fesyen atau tengok orang sekeliling yang stailo. Selamat mencuba!