That Soap Shop
Memandangkan kami dikenali sebagai ‘That Soap Shop’ bermula 5 Mac 2020, jenama Lush akan menggunakan kesemua premis kami bagi mempromosikan cara betul untuk mencuci tangan.
Pelanggan juga boleh menggunakan kesemua sinki dan sabun keluaran syarikat kami secara percuma bagi memastikan tangan mereka kekal bersih setiap masa.
Mengapa kami lakukan ini
Susulan penularan coronavirus, mana-mana badan kesihatan menasihatkan supaya orang ramai sentiasa mencuci tangan dengan emnggunakan sabun sebagai langkah kebersihan diri dan juga langkah berjaga-jaga. Hal ini kerana membasuh tangan merupakan langka pencgahan pertama terhadap sebarang penyakit. Selain itu, elakkan daripada menyentuh wajah dan mulut dengan menggunakan tangan setiap kali anda keluar dan berada di tempat awam.
Sebagai sebuah syarikat, Lush sentiasa menyarankan orang ramai supaya mencuci tangan dnegan menggunakan sabun buku kerana ia lebih baik berbanding cecair pencuci tangan yang disimpan di dalam bekas bertutup yang dipenuhi dengan bahan kimia bersifat anti-bakteria.
Ketika ini, kami percaya premis kami boleh menjadi lokasi terbaik untuk mencuci tangan sekiranya orang ramai tidak mahu pergi ke tandas awam atau pun mencuci tangan sebelum makan sandwic misalnya.
Bagaimana sebuku sabun bertindak?
Sabun buku bersifat alkali bermaksud ia melindungi dirinya sendiri. Bakteria tidak boleh hidup dalam persekitaran beralkali. Biarpun dibiar di dalam larutan air d tepi sinki, sabun buku akan menghasilkan larutan beralkali, menjadikan ia masih efektif sebagai ejen anti-bakteria. Kajian menunjukkan sabun buku akan membersihkan kulit dan membenarkan microflora sihat tumbuh semula dalam masa 20 minit.
Mengapa kami mahu orang ramai mencuci tangan?
Secara ringkasnya, kerana kami berpendapat ia baik untuk kita! Ramai orang khuatir tentang penyebaran bakteria. Menurut institusi kesihatan, mencuci tangan dengan menggunakan sabun buku dan air ialah cara paling efektif dalam mengurangkan pembiakan bakteria jahat.
Sebagai khidmat awam, Lush mengalu-alukan orang ramai untuk datang berapa banyak kali sekalipun sepanjang hari untuk mencuci tangan di sinki premis kami yang terletak di Pavilion atau Sunway Pyramid.