Guna tester makeup boleh kena Herpes! Eeee
Hmm okay Cik Tin rasa nak buat pengakuan dekat sini, Cik Tin sebenarnya guilty sebab selalu try makeup tester dekat drugstore dan juga macam dekat Sephora tu. Yelah, sebab kalau tak try, macam mana nak tahu warna tu sesuai ke tidak dengan kita kan? Try dekat tangan tak puas, kena cuba betul-betul dekat muka.
Haa tapi perangai ni Cik Tin dah kena stop sebab terdapat kes seorang wanita terkena herpes selepas menggunakan produk tester yang banyak dekat kedai-kedai tu!
Okay so apa sebenarnya herpes ni? Herpes ialah sejenis jangkitan virus yang boleh menghasilkan nanah pada kulit. Jangkitan itu disebar melalui sentuhan kulit ke kulit, bercium atau melakukan hubungan seks.
Individu yang menghidap jangkitan herpes boleh menyebarkan virus ini melalui tuala, cawan, pemotong kuku dan juga gincu.
Profesor Perubatan di University of Washington Center for AIDS and STD, Dr Hunter Handsfield berkata jika individu yang dijangkiti herpes menyentuh atau memakai sesuatu (contohnya gincu), maka individu kedua yang mencuba dan menyentuh objek terbabit boleh terkena jangkitan.
Seorang wanita bernama Elena Davoyan telah menyaman Sephora kerana dia dikatakan terkena herpes selepas mencuba gincu di kedai berkenaan.
Elena mengaku dia tidak pernah mengalami herpes sebelum ini, namun selepas mencuba satu gincu yang dijadikan penguji di Sephora Los Angeles, dia terus didapati menghidap herpes.
Walaupun kes jangkitan herpes daripada gincu jarang berlaku, virus itu tetap aktif terutama pada kawasan yang lembap.
Ahli dermatologi di Hospital Mount Elizabeth Novena, Dr Eileen Tan, berkata virus yang tertinggal dalam mekap boleh berjangkit kepada individu yang lemah.
“Selain jangkitan herpes simpleks, bakteria lain seperti Salmonella dan E Coli juga boleh tersebar melalui gincu,” katanya.
Tapi jangan risau ia boleh dicegah dengan cara berikut
– Jangan cuba uji mana mana barang mekap terus keatas badan atau wajah, sebaiknya cuba atas tisu dulu
– Minta sampel untuk individu contohnya ukuran mini yang boleh dibawa balik
– Kalau takde sampel mini, bersihkan sampel yang nak dicuba tu dengan tisu basah anti-bacteria dulu baru cuba
– Elakkan terus menyapu mekap pada kawasan seperti mata, mulut atau hidung
– Jangan pakai sampel mekap pada kawasan yang ada luka
Okay so pokoknya, jangan cuba mekap tester directly tau. Yelah, banyak bakteria and all. Mekap ni seharusnya bersifat personal so janganlah sesekali kongsi mekap dengan orang lain.