Cuci muka guna air sejuk dan panas kunci kulit cantik Kiko Mizuhara
Sis Tina suka betul tengok model Jepun sorang ni, she’s so beautiful! Haih. Kalau sebut nama Kiko Mizuhara, mesti ramai gila yang kenal dia kan? Yes she is a model dan jugak pelakon Jepun yang pada Sis Tina memiliki kecantikan yang berbeza daripada wanita-wanita Jepun lain. Haa ni sebab Kiko ni memiliki mata yang bulat dan bibir yang besar serta mungil. Yelah, biasa wanita Jepun kan bermata sepet serta berbibir nipis kan so feature berbeza yang ada pada model ini menjadikan dia cukup cantik dan menyerlah lah bagi Sis Tina.
So, dalam satu video baru-baru ni Kiko ada memuat naik satu perkongsian macam mana dia jaga kulit bagi flawless sangat-sangat.
Kalau korang perasan, Kiko ni jarang sangat mengenakan mekap sebab kulit dia memang bersih dan flawless. Kalau Sis Tina pun memang keluar muka kosong je. Ni kita ni dahlah kulit berminyak, eyebags pulak banyak. Memang takde keyakinan langsung nak keluar tanpa mekap.
Okay so sini Sis Tina kongsikan dengan uols macam mana Kiko jaga muka dia.
– Basuh muka guna air sejuk dan panas
Sebelum memulakan rutin mekap, Kiko membilas wajahnya dengan kedua-dua air panas dan sejuk. Ada mitos mengatakan, mencuci muka dengan air sejuk boleh membantu mengecilkan liang muka dan mengurangkan kedutan wajah. Dan mencuci muka dengan air panas dapat membersihkan muka dengan lebih mendalam. Tetapi suhu air sebaiknya untuk mencuci muka adalah suhu yang suam dan tidak terlalu panas, kemudian bilas semula dengan air sejuk.
– Guna peranti muka untuk kulit tegang
Kata Kiko, dia menggunakan peranti microcurrent yang membantu melancarkan perjalanan oksigen dan darah dalam kulit, ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang secara tidak langsung dapat mengekalkan keanjalan kulit biarpun usia sudah meningkat.
– Pergi sauna
“Saya rasa ini adalah perkara yang paling penting untuk kecantikan dalaman dan luaran. Saya melakukan sauna kering dan selepas itu saya berendam dalam air sejuk, dan saya melakukannya sebanyak empat kali. Satu perubahan ketara bila saya bersauna,” jelasnya.
Hmm menarik tips yang dikongsi Kiko ni sebabnya tips ni adalah tips yang jarang kita dengar. So, bolehlah kita cuba betul tak? Jangan terkejut kalau nampak Sis Tina tetiba secantik Kiko ya! Hihi.