Perkara annoying yang couple selalu tunjuk di media sosial
Media sosial tak kisahlah Instagram atau Facebook sememangnya menjadi medium tayang semua benda. Senang cerita, media sosial is now tempat menunjuk. Rasanya ramai je yang buat begini kan sebab nak nampak kehidupan itu indah dan lebih baik daripada orang lain. Ini sebenarnya sangat berbahaya sebab mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.
Okay tapi harini Kak Tin nak cerita ragam orang bercinta yang annoying sangat dekat media sosial ni. Haa biasa tengok kan? Alaaa, suami isteri yang macam dia sorang je bercinta tu!
Ini senarai trend couple yang sedang hangat dilakukan di media sosial…
– Mention nama suami atau isteri di bio
Habis semua hendak ditulis di ruangan biografi, apa nama suami, bila berkahwin, bila bertunang dan tarikh kali pertama bertemu. Dah macam buku bersejarah pula para followers perlu tahu semua itu. Lepas tu letak emoji sebanyak-banyaknya. Hmm, calm down?
– Instagram siapa ni?
Makin lama jadi keliru pula sebab Instagram dah penuh dengan gambar pasangan. Semua gambar nak diupload, kadang-kadang tu gambar suami tengah berkain pelikat aja pun nak dipertontonkan kepada followers. Bukan ke itu sesuatu yang sangat peribadi? Dah tak pasal-pasal kitorang pun dapat tengok rupa suami korang dekat rumah. Awkward….
– Anggap mereka single itu loser
Memang geram bila baca kapsyen yang setiap dimuatnaik, macam lah hidup berumah tangga itu sahaja yang baik dan bahagia. Habis kami yang single ini? Lepas tu selalu letak hashtag yang annoying yang melambangkan betapa losernya lah kalau tak kahwin lagi. Bagi Kak Tin, kebahagiaan itu ialah something yang so subjective dan Kak Tin pun jumpa ramai je kawan single yang sangatlah bahagia.
– CCTV pasangan
Setiap segenap pergerakan, perbuatan pasangan mahu dikongsi menjadi tatapan umum. Kak Tin tak sure kalau yang dipegang pada tangan telefon pintar atau kamera litar tertutup. Semua benda dia uploadlah senang cerita.
– Post gambar kahwin terlalu banyak!
Ehem..ehem..kami tahu anda excited terima gambar dari jurugambar tapi tidak perlu muat naik semua hasil yang anda dapat. Gambar mata terpejam pun hendak tunjuk. Lepas tu, setiap kali anniversary, gambar itu jugalah yang diulang. Kadang Kak Tin terfikir, itu aje ke memori indah yang korang ada dengan pasangan? Ooops!