Cara jaga Miss V biar kekal sihat
Sama macam organ lain, vagina ni sangatlah penting untuk dijaga dan kita kena always make sure ia berada dalam keadaan healthy. Sebabnya, vagina yang tak sihat menjadi petunjuk atau indicator masalah lain pada tubuh tau. Eh, scary kan? Okay sini min nak share makanan apa yang korang kena makan untuk pastikan Cik V kekal sihat.
– Air masak
Bukan sahaja baik untuk kesihatan organ-organ lain dalam badan, air juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan vagina. Air diperlukan agar selaput lendir vagina berfungsi dengan baik. Biasakan minum banyak air setiap hari supaya vagina anda bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi juga tidak mengeluarkan bau yang kurang enak.
– Yoghurt
Vagina yang sihat adalah tempat yang baik untuk lactobacillus, sejenis bakteria baik yang membantu faraj mengekalkan paras pH yang sihat. Ia juga mempunyai yis yang bernama candida. Biasanya, keadaan berasid dari lactobacillus akan menghalang yis daripada berkembang. Tetapi bakteria baik ini boleh terjejas dan anda berisiko untuk mendapat jangkitan yis.
– Bawang putih
Bawang putih mengandungi sifat antimikrob dan antifungal yang membantu mencegah masalah vagina, seperti gatal-gatal, berbau dan juga keputihan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun, supaya badan anda bersedia melawan sebarang penyakit.
– Soya
Kekeringan vagina berlaku apabila badan anda kekurangan estrogen yang menjaga ketegangan tisu dan pelinciran yang baik. Jadi, amalkan makanan berasaskan soya seperti edamame, tempe atau tauhu. Soya mengandungi sebatian tumbuhan estrogen yang meniru isoflavin. Ia juga bersifat hidrofilik dan boleh menarik air ke tisu anda.
– Ubi keledek
Ubi keledek elok untuk wanita yang mahu mengandung. Kaya dengan beta karotena dan vitamin A, ubi keledek memastikan dinding vagina dan rahim korang sihat. Apabila diserap oleh badan, beta karoten dalam ubi keledek bertukar menjadi vitamin A dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Nutrisi yang terdapat dalam ubi keledek juga membantu dalam pengeluaran hormon seks
– Green leafy vegetables
Bila masa sayuran hijau tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Sayuran hijau kaya dengan nutrisi iaitu kandungan vitamin D? Ia juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menjaga daripada serangan penyakit. Sayuran hijau ini termasuklah seperti brokoli, kubis, dan sawi. Selain vitamin D, sayuran ini juga kaya dengan ia juga mengandungi vitamin C, E, dan K, karotenoid, folat, mineral, magnesium dan kalsium, semuanya bermanfaat untuk kesihatan otot – termasuk otot-otot vagina.