Ular buat Surprise kat Spa
Cakap pasal spa sememangnya sinonim kan dengan kaum perempuan. Min sememangnya kerap ke spa untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Paling kurang pun sebulan sekali mesti pergi. Bukan setakah rawatan kecantikan, spa juga jadi salah satu aktiviti untuk release stress yang sangat onzz
Sebenarnya tak banyak daripada kita yang tahu sebenarnya kat spa banyak juga cerita kemalangan yang berlaku di dalam dan luar negara. Daripada yang sedih hingga melucukan. Kalau baca ruangan berita lokal mana-mana negara di portal berita pastinya akan terjumpalah.
Macam satu berita ni min ada baca pasal satu spa yang bukan sahaja menjadi tempat menyediakan rawatan tetapi rumah kepada seekor ular.
Seekor ular jenis python seberat 19 kilogram dilaporkan jatuh dari siling di bilik spa di China selepas bersembunyi selama 10 tahun.
Berdasarkan laporan dari Daily Mail, baru-baru ini, reptilia yang panjangnya kira-kira empat meter itu telah ditangkap oleh polis dan dibawa ke pusat penempatan haiwan.
Kejadian itu berlaku di kompleks hiburan di Daerah Chancheng, Foshan, Guangdong di selatan China, seperti yang dilaporkan oleh Radio Guangdong dan Stesen TV.
Menurut laporan itu, haiwan itu ditemui oleh pekerja spa yang memeriksa bilik itu.
Pemilik spa itu berkata dia sangat takut melihat ular itu membuatkan dia merasa cemas sehingga tidak dapat berhenti menggigil.
Dia juga pernah mendengar khabar angin tentang ular yang bersembunyi di bangunan kira-kira 10 tahun sebelum ini, dan tiga tahun yang lalu, pembina yang sedang merenovasi spa juga melaporkan melihat ular python.
“Saya telah melihat orang bercakap tentang [ular], tetapi saya tidak pernah melihatnya sendiri,” kata pemilik spa, yang tidak didedahkan kepada wartawan.
Pemilik spa itu berkata lagi dia telah mengupah orang untuk menangkap ular itu, namun percubaan itu gagal.
Chen Gang, seorang pegawai polis di cawangan Chancheng Biro Keselamatan Awam Foshan, berkata pegawainya mengambil masa lima minit untuk menangkap python, yang beratnya kira-kira 19 kilogram.
Chen berkata dia dan rakannya mematikan lampu dan menutup ular dengan selimut sebelum menangkapnya bersama.
Salah seorang daripada mereka memegang kepala python dan selebihnya mengangkatnya dari dalam bilik dan memasukkannya ke dalam karung.
Uihh nasiblah jumpa ular tu, bayangkan kalau tak jumpa, tengah-tengah dalam rawatan sauna ular tu muncul agak-agak meloncat orang yang dalam sauna tu. Itu belum lagi kalau tengah pakai mask tiba-tiba ular jatuh dari syiling uihhh naya..
So guys kat mana-mana pun kita kadang-kadang kena berjaga-jaga lah. Ular di ini selalu datang mengejut. Ular kat spa ni memang jarang lah berlaku harap-harap kat Malaysia ni takda lah ular yang berkampung dalam spa. hehehe