Kena reject dengan lelaki? Apa yang uols boleh buat
Wanita memang terkenal dengan sifat pemalu dan kalau kita sukakan seseorang tu pun, kita akan cenderung untuk pendam je perasaan tersebut sampailah jadi pekasam. Laaa kenapa macam tu? Tak salah kalau wanita luahkan perasaan. Cuma, mungkin wanita lebih malu dan memiliki fear of rejection yang lebih kuat berbanding lelaki. Kalau dah luahkan dan kena reject, nak buat apa ya? Sini min kongsikan tips bangkit selepas kena reject. Kumbang bukan seekor! Apa yang perlu uols lakukan adalah memberi masa dan ruang untuk diri pulih dari kesedihan dan kekecewaan yang dialami.
– Luahkan perasaan is completely okay
Meskipun perasaan cinta korang di tolak, korang tidak perlu berasa malu! Sepatutnya korang berasa bangga kerana berani mengambil langkah pertama dengan meluahkan isi hati kepada si dia.
Perasaan berani yang korang miliki itu merupakan yang terindah buat seorang wanita. Ini kerana korang cuba mengejar kebahagian diri sendiri. Oleh itu, jangan sesekali berasa malu okay.
– Lihat sudut positif
Tak perlu terlalu sedih apabila perasaan uols tidak berbalas. Uols perlu lihat rejection yang dialami dari sudut perspektif yang lain. Jika datang mana-mana jejaka dalam hidup uols, nah ia akan menceriakan hari-hari kamu tetapi jika si jejaka tersebut keluar dari kehidupan uols, dunia uols tetap ceria dan hebat.
Insan yang datang dan pergi dari kehidupan kita memberikan pengajaran dan mengajar kita erti sebuah kehidupan dan saat-saat tersebut harus diabadikan dalam memori korang. Lagi pula, jika dia adalah jodoh korang walau jauh mana pun kamu berada, si dia pasti akan mencari korang.
– Time heals everything
Perasaan yang di tolak pastinya membuatkan diri berasa tidak bermaya, semangat pula seolah-olah telah keluar dari jiwa dan merasakan hari-hari yang dilalui menjadi suram. Tetapi percayalah semua yang dirasai itu hanya sementara, perasaan terluka itu akan sembuh jua bersama dengan waktu. Jangan pernah putus asa kerana jodoh yang baik pastinya sedang menanti korang.
– Sedar bahawa keserasian itu penting
Di dalam perhubungan, daya tarikan terhadap berlainan jantina dan keserasian adalah penting untuk perhubungan tersebut bertahan dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan di dalam perhubungan. Tapi kalau mula-mula lagi hubungan itu dah tak berjaya, itu bermaksud perasaan serta keserasian yang dimiliki tidak sesuai untuk bertahan. Jadi buat apa teruskan hubungan yang semakin goyah jika perasaan cinta itu sudah tiada atau bukan pada muka surat yang sama betul tak? Jadi, carilah insan lain yang lebih serasi dan mempunyai perasaan yang mendalam kepada diri korang.
– Bina balik keyakinan
Korang kena bina semula keyakinan diri dan bangkit dengan wajah serta perasaan baharu. Ingat, banyak lagi perkara-perkara lain yang memerlukan perhatian diri korang ya seperti perbaiki kecantikan dalaman. Kalau luar dan dalam cantik, korang akan lebih berkeyakinan dan akan mudah berjumpa pasangan yang sesuai. Jadi, kalau kena reject pun, korang tak kisah dan akan jadi lebih ready for the right guy.
– Keluarga dan rakan-rakan sentiasa dengan korang
Kalau duduk sorang-sorang tu korang mesti akan fikir bukan-bukan kan? Like why you are not good enough dan sebagainya. Dalam situasi korang yang kecewa seperti itu, kamu perlu di kelilingi dengan orang-orang yang dapat membantu kamu untuk bangkit. Menerusi ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan akan membuatkan hari-hari korang yang mendatang menjadi lebih ceria. Lagi pun dengan sokongan dan dorongan positif yang korang terima daripada these people who actually matters, korang boleh pulih semula.
– Move forward
Tak perlu berduka lama sangat kalau kena reject. Walaupun ia menyedihkan, tapi korang akan jadi wanita lebih berani dan matang dalam perhubungan. Jadikan pengalaman itu sebagai satu stepping stone untuk kejar the right person.
Okay so rasa bersemangat tak lepas baca tips ni? Min faham perasaan down dan sedih bila dah kumpul kekuatan untuk luahkan perasaan, tapi kena reject pulak. Tapi takpe sebab ya, korang boleh bankit balik dan ambil ni sebagai sign yang korang akan jumpa the right one dan akan faham kenapa it didn’t work out with the wrong one.
Good luck!