Cara senang hilangkan bulu badan
Bulu badan yang terlebih-lebih banyak tentu sahaja merunsingkan kita dan akan mengganggu penampilan. Yelah, baru ingat nak pakai dress baru beli tu untuk dating minggu ni, tapi kena fikir pasal bulu badan pulak. Okay masalah bulu badan ni sebenarnya boleh diatasi dan dihilangkan.
Nak tahu macam mana? Haa bileh ikut tips ini
– Guna garam dengan kunyit
Korang boleh campurkan kunyit ke dalam garam kasar, gaulkan sehingga sebati dengan bancuhan yang agak pekat. Selepas itu, boleh sapukan pada bahagian tubuh badan yang berbulu supaya ia mampu menyerap dengan sempurna dan kering pada kulit. Setelah ia kering, korang boleh gosokkan sapuan kunyit dan garam tadi sehingga tiada bulu lagi. Buka saja bulu yang hilang, malah kulit korang pun boleh menjadi semakin cerah.
– Putih telur
Putih telur juga banyak manfaatnya untuk tubuh badan tau. Masukkan putih telur dan kacau sehingga menjadi dalam bentuk pes dan campurkan sesudu tepung jagung hingga pekat. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi bulu disertakan dengan sedikit urutan lembut. Biarkan sehingga kering. Ia akan mengelupas dengan sendirinya dari kulit. Selepas dibilas dengan air, kulit korang akan rasa lebih lembut dan licin.
– Kapur sirih
Sirih kapur adalah salah satu kaedah yang paling berkesan dalam menghilangkan masalah bulu badan. Hanya perlu sapukan sahaja sirih kapur ke kawasan yang berbulu dan biarkan sehingga setengah jam sehingga kering. Sebaik saja kering, korang gosokkan sedikit kawasan yang ada sirih kapur dengan menggunakan tangan. Korang boleh lihat dengan sendiri bulu akan tercabut dengan sendirinya.
– Waxing
Cara ini adalah satu kaedah yang paling senang namun agak menyakitkan. Sapukan wax pada bahagian berbulu di tubuh badan. Jika korang memilih cara ini, kebiasaannya bulu akan lambat tumbuh sekurang-kurangnya tiga bulan. Mungkin sangat berkesan, tetapi korang harus tanggung risiko dan menanggung rasa pedih dan sedikit sakit.
– Laser
JIka korang tidak mempunyai masalah dari segi kewangan, korang boleh je buat rawatan laser bagi menghilangkan segala bulu-bulu yang tidak diingini dengan cepat. Kaedah laser akan melambatkan pertumbuhan. Ada kemungkinan akan tumbuh kembali tetapi agak nipis. Kulit korang juga akan menjadi lebih licin jika menggunakan cara ini.
Sekiranya korang mengalami masalah seperti ini, don’t worry, boleh ikut cara-cara di atas bagi menghilangkan segala bulu di tubuh badan dengan mudah. hanya gunakan cara yang lebih tradisional mungkin lebih selamat dan terbaik! Selamat mencuba!