Gincu untuk nampak gigi putih. Eh, ada ke?
Okay perasan tak kadang-kadang bila kita pakai sesetengah jenis gincu tu kan, nampak serba tak kena dengan warna kulit kita dan lebih buruk lagi, buatkan gigi nampak kuning! Eeeekk! Marahnya.
Dah lah dah beli gincu mahal-mahal, sekali bila gayakan gigi nampak kuning pulak. Okay macam mana nak atasi ni?
Sebenarnya, ada tips tau untuk bagi gincu yang dipakai tu membuatkan gigi kita nampak lebih putih dan shiny. Haa lepas dah tahu tips ni bolehlah melaram pakai lipsick baru and jangan lupa senyum sampai ke telinga!
– Gincu merah mak ngah
Siapa je takde lipstick merah dalam koleksi lipstick mereka? Warna ni dikategorikan sebagai warna staple atau warna yang memang wajib dimiliki oleh semua girls. Tapi nak pilih lipstick merah ni pun ada tone dia okay. Pilih yang ada blue-toned dan bukan orange-toned sebab blue-toned akan buatkan gigi nampak lebih putih!
– Elak warna terang dan warna nude
Alamak, bad news for penggemar warna nude. Pakar jelaskan bahawa jika anda ingin membuat gigi anda kelihatan lebih cerah, anda mungkin mahu mengelakkan gincu berwarna terang or nude kerana ia tidak bertentangan dengan warna gigi. Untuk membuat gigi lebih menonjol, cuba memakai warna gelap atau warna yang jauh berbeza dengan warna gigi.
Sebenarnya pendapat masing-masing agak berlainan, namun ikutlah mana yang bersesuaian dengan anda. Sebab tu pentingnya cuba dahulu lipstick yang dibeli.
– Pakai lip gloss
Satu lagi cara ialah lapiskan gloss di bahagian atas gincu. Ia memberikan kelembapan tambahan pada bibir serta buat penampilan lebih muda dan ceria, bahkan memberikan ilusi senyuman gigi putih.
– Pastikan bibir sentiasa lembap
Seorang mekap artis Alejandro Falcon menjelaskan bibir kering boleh menonjolkan pembentukan plak pada gigi anda. Menggunakan pengelupasan bibir atau pelembab bibir boleh membantu anda untuk mengekalkan bibir sihat dan lembut.
– Elak gincu warna kecoklatan
Lagi satu elakkan memakai gincu berwarna coklat yang ada yellow based. Menurut pakar, apabila diterapkan pada bibir, warna-warna ini boleh menyebabkan gigi anda kelihatan lebih kuning daripada biasa. Sebab tu adakalanya lipstick coklat nampak pelik sangat pada wajah.
Okay girls selamat berkeperimen dengan lipstick ya. Ingat, tak semua warna itu sesuai dengan uols and ingat, its always okay to ask for help and opinion daripada orang lain semasa mencuba gincu.