Kesedihan boleh datang dalam pelbagai bentuk
Pernah tak anda tiba-tiba rasa sedih pada benda yang sangat kecil? Contohnya bila cuaca tiba-tiba bertukar mendung atau pun terdengar sesuatu lagu yang tiada kaitan pun dengan anda? Kiranya, takde alasan pun nak sedih tapi terasa sedih?
Sebab kadang-kadang kita rasa sedih tu semasa hidup kita nampak normal je and takde apa-apa masalah pun. Takde kematian atau pun kehilangan orang yang tersayang.
Menurut seorang penulis buku Grief and God : When Religion Does More Harm Than Healing iaitu Terri Daniel, dalam dunia ini, ada pelbagai jenis kesedihan lain yang tidak berpunca daripada kematian.
Jenis kesedihan yang lain ini boleh terjadi semasa hati kita tiba-tiba terasa suram.
Kata Daniel, ada lima jenis kesedihan yang membuatkan kita rasa terlalu sedih walaupun ia tiada kaitan dengan kematian
– Terasing
Rasa terasing atau terpinggir yang melibatkan perhubungan dalam hidup seperti persahabatan dan percintaan
– Kehilangan sumber pendapatan
Kehilangan sumber pendapatan atau pun masalah kewangan memang boleh menyebabkan kita rasa sedih dan murung. Contohnya bila rumah disita atau tiada duit untuk bayar kereta dan bil menyebabkan rasa sedih yang sukar diungkapkan.
– Penyakit
Penyakit atau kecederaan menyebabkan seseorang rasa sedih dan murung
– Melepaskan sesuatu
Kehilangan akibat keputusan kita terhadap sesuatu seperti berhenti merokok atau putus cinta dengan seseorang menyebabkan kita rasa sedih
– Kerugian institusional
Merupakan rasa sedih apabila syarikat kita bekerja gagal melindungi kita daripada kerugian atau pun gagal melindungi keselamatan.
Perkara-perkara berikut boleh menyebabkan kita rasa tak berdaya dan akan hilang semangat dalam melakukan apa apa pun.
Perubahan pada pola tidur, kebiasaan diet dan juga kurang minat pada aktiviti yang biasanya kita minat.
Perubahan sebegini merupakan perubahan tersembunyi yang berlaku akibat rasa sedih yang ungkin kita tak sedar.
Sebenarnya, rasa sedih yang tak disedari ni lah yang membimbangkan sebab ia akan membuat kita menghilangkan rasa sedih dengan pengambilan alkohol atau pun pengambilan pil tidur.
Kalau uols rasa sedh, sebaiknya pergilah bercakap dengan seseorang dan suarakan apa yang dirasakan.
Kawan-kawan pun kena main peranan tau. Kalau ada kawan uols yang mengadu rasa sedih ke, jadilah telinga dan dengarlah apa yang dia nak luahkan.
Luangkan sedikit masa untuk ringankan beban dia. Percayalah, kalau kita tolong orang, Tuhan akan tolong kita balik.
Atau, kalau segan nak luah dekat kawan-kawan atau taknak ganggu mereka, bolehlah rujuk pakar psikologi dan dapatkan khidmat kaunselor.