Latihan kardio 15 minit buatkan kita lebih hebat main game
Bermain game pada dasarnya bukanlah satu aktiviti fizikal kerana ia biasanya dilakukan dengan duduk statik dalam satu posisi. Ia lebih kepada menggunakan minda dan kecekapan. Namun, hasil kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari McGill University menunjukkan bermain game ada kaitan dengan aktiviti fizikal.
Haa? Macam mana tu? Kajian tersebut menunjukkan aktiviti fizikal sebenarnya memberikan impak kepada tahap permainan game kita.
Jika seseorang melakukan aktiviti fizikal selama 15 minit setiap hari, mereka generally akan lebih power bila main game.
Kajian tersebut dijalankan ke atas 20 orang peserta yang bermain permainan League of Legends.
League of Legends merupakan permainan strategi yang melibatkan beberapa orang pemain dalam satu kumpulan yang sama untuk mengalahkan musuh.
Untuk tempoh seminggu, peserta diminta menjalankan aktiviti fizikal sebelum bermain game tersebut. Minggu berikutnya pula, mereka diminta untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti fizikal sebelum bermain game.
Penyelidik kemudian menilai performance mereka selepas bermain game. Mereka juga ditanya tentang perasaan semasa bermain game pada kedua-dua minggu tersebut.
Peserta memberitahu, mereka berasa lebih segar dan mampu melawan musuh dengan lebih baik pada minggu di mana mereka melakukan aktiviti fizikal dan kurang hebat bermain semasa minggu yang mereka tidak melakukan aktiviti fizikal.
Hal tersebut meningkatkan fungsi kognitif pada otak yang membolehkan kita membuat keputusan dengan lebih cepat dan relevan.
Secara umumnya, latihan kardio membantu otak untuk berfikir dengan lebih cekap dan ia meningkatkan prestasi permainan game.
Haa, lepas ni sebelum main game tu bolehlah jogging sekejap 15 minit. Mesti lebih power nak kalahkan musuh. Kalau kawan-kawan mintak tips kenapa power, suruh je diorang exercise dulu. Hehe!