5 risiko kesihatan sebab sepi, awas!
Hampir setiap orang pernah merasa sepi dalam beberapa fasa kehidupan. Kehilangan orang tersayang, kehilangan pekerjaan dan juga perubahan hidup yang mendadak boleh menyebabkan seseorang berasa sepi.
Namun, sepi biasanya merupakan perasaan yang sementara dan hanya berlaku akibat perubahan hidup seperti memulakan pekerjaan baharu.
Kajian menunjukkan, kesepian yang kronik boleh mendatangkan masalah lain kepada individu.
Sebab tu orang kata, kalau sepi, jangan dilayankan sangat sebab nanti boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius
Di sini min nak kongsikan masalah lain yang boleh berlaku disebabkan oleh rasa sepi yang berpanjangan
– Merangsang rasa sakit fizikal
Eh? Seramnya. Betul ke rasa sakit fizikal boleh terjadi disebabkan oleh rasa sepi? Rasa terasing atau sepi boleh mendorong rasa sakit pada bahagian otak yang seterusnya akan membuatkan badan kita rasa sakit. Perasan tak kadang-kadang, bila kita sedih, hati kita tiba-tiba rasa macam kena cucuk? Haa percaya atau tidak itu berlaku disebabkan oleh rasa sepi dan kosong. So lepas ni kalau rasa sepi tu jangan layan lama-lama okay, nanti tiba-tiba orangan lain pulak sakit!
– Tak boleh tidur nyenyak
Orang yang sepi ni susah tidur lena tau. Hal ini kerana orang sepi terlalu banyak berfikir dan merasa terganggu dengan kehidupan sosial mereka.
– Meningkatkan risiko demensia
Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang. Rasa sepi yang berpanjangan menyebabkan terjadinya demensia dan ia kebanyakannya berlaku kepada perempuan ya. Awas!
– Risiko mati lebih awal
Hidup sendirian atau sepi berpanjangan boleh meningkatkan risiko kematian awal. Risiko kematian awal membabitkan masalah seperti masalah jantung dan strok. Mereka yang hidup sendirian dikatakan akan mati empat tahun lebih awal berbanding yang hidup bersama keluarga.
– Merosakkan jantung
Orang-orang yang mengalami sepi kronik lebih terdedah dengan masalah jantung. Alamak! Ia akan menyebabkan keradangan kepada jantung. Namun masalah ini boleh dielakkan dengan pengambilan ubat anti-radang.
So, masalah sepi ni bukanlah masalah yang ringan tau. Ia tidak seharusnya dipandang ringan sebab ia boleh menyebabkan masalah lain. So, make sure anda sentiasa isi kekosongan dan masa lapang yang ada tu untuk aktiviti lain okay?