Ubah penampilan dengan kanta lekap berwarna
Kanta lekap berwarna memang sudah lama wujud dan memang berfungsi sebagai salah satu aksesori kecantikan yang bersifat instant. Mana tidaknya, penampilan seseorang akan terus nampak wow dan berbeza sebaik sahaja memakai kanta lekap berwarna. Mata jadi semakin cantik dan makeup yang dipakai juga tambah menyerlah.
Tapi, contact lens berwarna ini adakalanya tak sesuai untuk dipakai setiap hari. Tapi, jika anda masih juga nak menggayakan contact lens berwarna setiap hari, sebaiknya pilihlah daripada jenis dan warna yang nampak natural.
Haa banyak je jual dekat pasaran jenis natural ni. Cantik-cantik pulak tu.
Menurut penulis web kecantikan dari Indonesia, Michelle Hendra, dia secara peribadinya amat sukakan kanta lekap berwarna kerana ia akan mengubah wajahnya serta merta.
“Saya memang sangat sukakan contact lens berwarna untuk mengubah penampilan.
“Kalau sekadar pakai contact lens warna hitam pun dah okay dan tetap beri effect mata nampak lebih deep,” katanya.
Lens yang sesuai dipakai setiap hari ialah jenis yang tiada ring disekelilingnya.
Ring sememangnya cantik dan memberi efek mata lebih besar tetapi jika mahukan sesuatu yang lebih natural, pilihlah yang tiada ring.
Bagi pemilihan warna pula, warna coklat atau kelabu merupakan warna terbaik untuk mata Asia yang secara naturalnya berwarna coklat gelap atau hitam.
Tapi, ada juga individu yang boleh menggayakan contact lens berwarna hijau atau gold untuk pemakaian harian kerana ia nampak blend dengan mata sendiri.
Selain itu, bagi memaksimumkan impak natural dan cantik semasa memakai contact lens, go with contact lens yang bersaiz antara 14 hingga 14.5 mm.
Hal ini kerana bebola mata hitam normal berdiameter 14.2 mm.
Selain itu, contact lens yang berdiameter terlalu besar juga akan menyebabkan kurangnya oksigen masuk ke dalam mata.
Ini akan menyebabkan contact lens itu rasa tidak selesa dan menyebabkan mata terasa kering sepanjang hari.
Kalau nak lens selesa sepanjang hari, pastikan memilih material seperti silicone hydrogel sebab material jenis ni menyerap oksigen 5 kali lebih banyak berbanding contact lens biasa.
Haa tapi kalau dah pakai lens tu jangan lupa solutionnya pulak ya.
Solution ni pun ada banyak jenis dan anda tinggal pilih je jenis yang dimahukan di pasaran.
Jangan pakai lens lama sangat! Maksimum ialah 8 jam sahaja. Kalau mata dah rasa letih dan kering, dengar isyarat mata anda dan cepat-cepatlah tanggalkannya oka? Yelah, dah pakai lens cantik-cantik tiba-tiba mata kering dan kena infection pulak. Kan tak best.
Throughout the day, jangan lupa lembapkan mata dengan lubricating and rewetting drops. Letakkan dalam beg uols dan titiskan satu atau dua titis pada kedua-dua belah mata.
Haa lepas ni boleh lah bergaya pakai contact lens berwarna setiap hari dengan selesa. Selamat mencuba!