Peminum kopi miliki tulang lebih kuat
Okay coffee lovers please read this! Peminum kopi actually miliki tulang yang lebih kuat.
Wow menarik betul statement ni. Yes, peminum kopi dikhabarkan mempunyai tulang yang lebih kuat. Haa macam mana kopi boleh buat tulang lebih kuat ya sebab biasanya kopi kan buat kita dehydrated dan bila dehydrated, ia dikaitkan dengan banyak masalah dalaman yang lain.
Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Hong Kong mendapati peminum kopi memiliki tulang yang lebih padat.
Kajian dijalankan ke atas 564 orang dewasa di China.
Para responden merupakan orang dewasa yang meminum kopi secara teratur setiap hari.
Secara umumnya, mereka mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak minum kopi.
Wah, menarik, bukan?
Bagi individu yang suka minum kopi, ini semestinya merupakan satu berita yang baik.
Secara keseluruhannya, kopi sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan tidak semua tentang kopi itu buruk.
Haa fakta lain ialah peminum kopi cenderung memiliki risiko lebih rendah untuk meninggal awal akibat masalah jantung, strok dan diabetes.
Kopi pun boleh jaga kesihatan jantung tau. Penyelidik berkata empat suntikan espreso ialah jumlah yang optimal bagi mengekalkan kesihatan jantung.
Tapi ini bukanlah bermakna anda meninggalkan terus makanan sihat. Makan makanan sihat dan secara teratur itu masih penting ya kawan kawan!
Cuma tambahkan sahaja kopi dalam diet harian untuk dapatkan manfaatkan khasiatnya. Selamat minum kopi!