7 sebab avokado buah ‘magic’ mudakan wajah!
Avocado memang merupakan buah yang sangat enak. Rasanya yang lemak itu menjadikan ia satu minuman yang enak apabila dicampurkan dengan coklat atau boleh juga dijadikan dessert dan diambil bersama aiskrim atau pun susu. Selain itu, ramai juga pencinta masker bahan semula jadi yang selalu sangat guna avocado sebagai bahan utama buat masker. Haa kenapa? Sebab manfaat dan khasiat avocado ni memang banyak tau dan yang paling penting ia berkesan.
Okay jom tengok 7 manfaat buah avocado untuk pastikan kulit uols kekal awet muda
– Sebagai moisturizer
Avocado berupaya untuk melembabkan kulit dan menjadikan kulit korang lembut gila tau. Ini disebabkan oleh kandungan antioksidan di dalamnya.
Kalau kulit korang bersisik, apply je paste avocado secara rutin and korang akan rasai perbezaannya.
– Mencegah penuaan
Mask avocado boleh membantu mencegah penuaan kerana kandungan vitamin C dan E di dalamnya.
– Menghilangkan jerawat
Jerawat yang tumbuh di wajah adalah disebabkan oleh bakteria. Avocado pula mengandungi lauric acid yang memang terkenal dalam dunia kecantikan sebagai pembunuh jrawat. Haa jadi kalau rasa muka ada cik J tu, cepat-cepatlah tepek masker avocado okay?
– Menghaluskan kulit
Avocado mengandungi banyak lemak yang membantu menghaluskan kulit. So, kalau nak kulit lembut, make sure pakai mask avocado setiap malam
– Mencegah penyakit kulit
Avocado boleh membantu mencegah penyakit kulit sebab ada vitamin E yang merupakan nutrisi penting nak maintain kesihatan kulit.
– Ubati sunburned
Okay, min tahu kalau sunburned je mesti korang guna aloe vera kan? Haa sebenarnya avocado pun boleh jugak untuk ubati luka sunburned. Lemak yang terkandung dalam avocado mempunyai efek calming pada wajah.