Tips simpan aksesori agar kekal cantik
Membeli aksesori baru sememangnya mengujakan. Lagi-lagi jika dibeli semasa tengah sale! Memang borong lah jawabnya.
Namun ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu cara untuk menyimpan atau menjaga barangan itu dengan baik. Berikut beberapa cara mudah yang boleh diamalkan dalam penjagaan aksesori supaya ia kekal menarik dan tahan lama.
– Peluh/Air/Bahan Kimia
Sentiasa tanggalkan aksesori setiap kali ingin melakukan aktiviti membabitkan pendedahan kepada peluh, air dan bahan kimia. Mendedahkan aksesori itu kepada tiga elemen ini membuatkan warnanya cepat luntur dan mudah rapuh.
– Habuk
Memakai aksesori untuk aktiviti lasak boleh menyebabkan habuk melekat padanya. Gunakan tuala lembut untuk mengelap kesan habuk itu dan jika banyak yang melekat pada bahagian dalamannya, disyorkan rendam seketika dalam air suam yang dicampur satu hingga dua titik sabun atau syampu bayi.
– Alat Solek
Gayakan aksesori hanya selepas mengenakan solekan, menyapu losen dan menggunakan produk dandanan rambut. Produk itu mengandungi ejen kimia yang boleh merosakkan aksesori dalam tempoh singkat.
– Penyimpanan
Simpan aksesori dalam bekas khas dan kategorikannya secara berasingan. Sebaiknya jauhkan aksesori daripada terdedah daripada haba, cahaya matahari dan tempat yang lembap.
– Guna pelembap
Tidak sukar menghilangkan kesan calar pada pakaian jenis kulit. Sapukan sedikit pelembap wajah menggunakan putik kapas pada kesan calar itu dan gosok perlahan.
– Pengeringan
Biarkan aksesori di atas tuala atau kain sehingga ia betul-betul kering. Jangan menggunakan pengering rambut untuk menpercepatkan proses pengeringan.